Circle P 1: Expected or Extra Ordinary Performance

1985 - 2009

1985 - 2009

Bismillah.

Alhamdulillah, 21 Julai 2009, jam 12.30 tengahari kembali lagi. Tarikh insan bernama Muhammad Alif selamat dilahirkan di Kampung Berop, Tanjung Malim, Perak.

Apa-apa pun, syukur kehadrat Ilahi dan terima kasih kepada Mak dan Ayah.

Hari ni, genap 24 tahun. Rasa macam lama. Satu muhasabah secara besar perlu dilakukan setelah 24 tahun bernafas. Pejam mata dan muhasabah dari minda dan hati.

Tinggalkan dulu soal 24 tahun tu.

Saya ingin berkongsi bersama anda mengenai tajuk penulisan kali ni. Bukanlah asing sangat jika dibaca sekali imbas tajuk tersebut. Cuma perlukan sedikit perhatian dan nilai mata hati yang ikhlas.

Sebagai seorang Muslim lagi berbangsa Melayu ni, rasa syukur perlu kita panjatkan setinggi-tingginya. Sampai ‘gayat’ pun tak mengapa. Kenapa begitu? Lahir-lahir saja kita ni, automatik brand of Islam terpahat terus dalam diri kita. Persoalan bagaimana menghayatinya, tepuk dada tanya Iman masing-masing.

Narrow of topic, Mahasiswa Muslim sepatutnya memikirkan satu usaha yang diluar keperluan biasa (dikenali Expected Performance) untuk diterjemahkan kepada mad’u (rakan-rakan)  di kampus. Keperluan biasa ni seharusnya telah diketahui umum mengenainya, misalnya wajib solat lima watu, menutup aurat dan sebagainya.

Apa yang menjadi tanggungjawab Mahasiswa Muslim adalah melakukan tugasan diluar keperluan biasa (Extra Ordinary Performance) yang mana membantu golongan mad’u ni yang sudah sedia faham soal keperluan biasa tadi ke arah tanggungjawab sebenar sebagai Muslim (untuk lebih faham, sila dapatkan buku karangan Al-Marhum Dr. Fathi Yakan, Maza Ya’ni…). Misal mudah, memang benar perlu menunaikan solat lima waktu akan tetapi lebih baik dalam melaksanakan amanah solat tu dalam waktunya dan menambah soal sunatnya juga. Inilah yang saya maksudkan dengan keperluan luar biasa tadi.

Saya harap anda dapat faham.

Kesimpulannya, tanggungjawab kita dalam kefahaman Extra Ordinary ni untuk dicairkan kepada mad’u bukanlah perkara mudah lagi ‘kacang’. Namun inilah usaha seperti serampang dua mata untuk memberi mesej secara tidak sengaja kepada mereka dalam memahami tanggungjawab sebagai Muslim.

Ingat, sebagai MUSLIM.

Akhirnya, tingkatkan faham untuk menjadi Muslim sejati lagi dikasihi Ilahi dan teruskan berbakti selagi mana peluang amal diberi di medan ‘dalam’ mahupun ‘luaran’.

4 thoughts on “Circle P 1: Expected or Extra Ordinary Performance

  1. Selamat Hari Lahir yg ke-24..smoga kematangan kita menjadi faktor mencetus perubahan..Extra Ordinary Performance bukan mudah untuk dilakukan.terkadang expected performance pun kita buat pengabaian.namun Allah tgk usaha kita.usaha atas kemampuan kita sehabis mungkin.smoga sama2 kita terus mencipta perubahan untuk kesejahteraan didunia dan akhirat.selamat hari ulangtahun kelahiran..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s