Antara Kandungan Memo 23 MPP Kepada USIM

Bismillah.

15 Julai 2009 – Semalam, satu pertemuan dua mata bersama TNC HEPA USIM berjaya diadakan. Pertemuan selama hampir 3 jam ni membincangkan beberapa hal atau perkara berkaitan perkembangan universiti dan respon universiti mengenai Draf Cadangan Penambahbaikkan Kebajikan atau memorandom yang dikemukan oleh MPP sebelum ni.

Tahniah saya ucapkan kepada barisan MPP dan terima kasih kepada pihak universiti di atas pertimbangan yang diberikan ni.

Untuk pengetahuan semua terutamanya mahasiswa USIM, sebanyak 23 perkara MPP telah kemukakan. Ia meliputi soal kebajikan, pembudayaan ilmu, penambaikkan infrastruktur, akademik dan lain-lain.

Namun, tidak semua perkara yang kita mahu akan dapat segera. Mungkin zaman depan. Sedarlah.

Antara perkara yang diterima untuk penambahbaikkan dalam memorandom ni adalah:

1- Memperbaiki penyampaian atau penyaluran maklumat terutama kepada Mahasiswa. MPP melihat diantara sebab berlakunya salah faham pemahaman maklumat adalah kurang efisyennya penyampaian maklumat ni. Seperti contoh, makluman-makluman berkaitan kewangan Mahasiswa, PTPTN, JPA, Zakat dan lain-lain.

2- Kebenaran memasak di unit-unit Kolej Kediaman Pandan Indah dibenarkan dengan bersyarat. Ini merupakan rungutan Mahasiswa di Pandan Indah berikutan sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman disekitar Kolej Kediaman. Bagi Kolej-Kolej Kediaman disekitar Nilai masih belum dibenarkan mengikut ‘undang-undang’.

3- Mempertimbang semula secara serius segala aktiviti berkaitan kesenian dan kebudayaan supaya benar-benar mencerminkan Universiti Islam iaitu USIM. Ini bertujuan mengelak gejala kecelaruan kefahamaan dikalangan mahasiswa mengenai kesenian dan kebudayaan itu.

4- Menyemak dan menilai kembali sistem atau penstrukturan jadual serta penawaran jam kredit setiap semester kepada mahasiswa. MPP melihat berlakunya ketidakseimbangan terhadap perkara tersebut.

5- Memastikan pengiktirafan semua program di USIM supaya mahasiswa tidak merasa sangsi terhadap program yang mereka ikuti sekarang.

6- Menyediakan perkhidmatan mesin basuh di Kolej Kediaman Pandan Indah.

7- Menambah perkhidmatan mesin ATM berbanding yang sedia ada hanya satu di Pusat Kemudahan Pelajar (PKP), Bank Islam ATM.

8- Membaikpulih kembali keadaan kerusi atau tempat kemudahan pelajar di PKP terutamanya kerusi di bawah payung.

9- Isu keselamatan mahasiswa di Kolej Kediaman yang berjiran bersama pekerja asing seperti penempatan mahasiswa di Blok C dan D di Kolej Kediaman Desa Jati.

10- Pemasangan wiyerless di kawasan Kolej-Kolej Kediaman.

11- Mengambil perhatianbersama mahasiswa di Pandan Indah ketika menganjurkan apa-apa sahaja program di Kampus Nilai untuk turut sama menyertai program tersebut.

12- Pembukaan KO-OPERASI di Kolej Kediaman Pandan Indah.

13- Menyediakan mesin ATM seperti Bank Islam yang berdekatan dengan mahasiswa Pandan Indah.

14- Mempercepatkan proses pengemaskinian data yang berkaitan terutama data yang berkaitan dengan mahasiswa, seperti Penyata Kewangan dan sebagainya.

15- Menyediakan kemudahan Cafetaria di Perpustakaan USIM.

16- Menyediakan kemudahan mesin photostat di Perpustakaan USIM dan kemudahan untuk mendapat Kad Top Up photostat.

Ini merupakan sebahagian Memo 23 MPP yang telah mendapat respon daripada pihak USIM, Insha Allah dalam masa terdekat ini akan dimuatkan semua Memo 23 MPP bersama jawapan bertulis daripada pihak USIM untuk perhatian kita semua.

Namun, perjuangan kita belum selesai. Mungkin ini sekadar muqaddimah biasa. Apa-apa pun, alhamdulillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s