Ko-SPIN 2009: Suatu Usaha Murni

Bismillah.

Alhamdulillah, berkesempatan menjenguk sebentar satu program yang bertujuan memperbaiki batiniyah sistem pendidikan dalam Negara tercinta ni, Malaysia. Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara atau Ko-SPIN 2009.

Tahniah GAMIS!

Siri pembentangan berlalu dengan enam orang pembentang yang pelbagai latar belakang tapi 1 tujuan serta matlamat hadir ke kongres ni. Antara yang hadir, Prof. Dr. Sidek Baba, wakil PDRM Bukit Aman (BAKA) dan lain-lain.

Intipati perbincangan selama separuh ni lebih fokus kepada apa benar sudah kronik sistem pendidikan Islam ni dan dimana silapnya untuk kita sama-sama perbaiki untuk kebaikan bersama kelak.

Samaada soal sistem itu sendiri atau ada perkara lain perlu dirungkaikan supaya ‘ikatan simpul’ kepada timbulnya gejala sosial di Negara dapat di atasi.

Kebanyakkan peserta merupakan mahasiswa-mahasiswa IPG serata ‘malaya’ dan IPT yang lain. Apa-apa pun, keperhatian mahasiswa (bakal guru) ni terhadap pendidikan Islam harus diberi pujian dan kredit.

Diakhir, satu Jawatankuasa Bertindak Ko-SPIN 2009 dibentuk supaya kongres seperti ni hanya selesai dengan noktah kosong. Beberapa resolusi telah dicernakan untuk dibawa bincang dan diperhalusi. Moga berhasil.

Cakna sistem pendidikan Islam Negara sebagai legasi tradisi keilmuan alam semesta. Wallahu’alam.

Selamat Hari Lahir Buat Ayah Dan Mak

Bismillah.

Selamat hari lahir ‘My Bos and My Hero’, Ayah (Ismail Mat Sari) yang ke 55 (2 Julai 1954) dan Mak (Masitah Jasa) yang ke 47 tahun (12 Julai 1962).

Terima kasih kerana mendidik kami semua, Ayah dan Mak memang hebat. Moga Allah SWT memberkati kita semua dan bersama hingga ke Jannah.

Anak-anakmu yang menyusul dalam bulan Julai ni, Along dan Aisyah.

Panas Badan

Bismillah.

Assalamua’laikum, harap semua sihat-sihat belaka. Agak lama tidak mengemaskini laman ni. Sibuk dek tumpuan hal-hal diawal semester dan menambah koleksi bacaan minda. Mahasiswa harus kuat membaca dan bijak menafsir, lagi-lagi buat kawan-kawan ‘terdekat’.

Bukan mudah lagi senang untuk membina biah ilmiah ni. Bak kata kebanyakkan orang, keberkesanan sesuatu perkara bermula dari KITA, bukan orang lain. Jika ingin ‘jahriyah’ dalam kamus hidup, biarlah mantap lagi keras ‘jahriyah fikriyah’. Perubahan bermula dengan minda yang sarat dengan bacaan dan penilaian.

Dalam karangan sebuah buku bertajuk Revolusi Minda, tulisan Senu Abdul Rahman. Diantara ciri-ciri Revolusi Minda ni (tuntutan ‘jahriyah fikriyah’ tadi) adalah, minda yang benar-benar sedar dan bersedia melakukan sesuatu ‘perolahan’ paradigma secara besar-besaran, radikal dan total. Sebagai contoh, individu yang mengaku sebahagian entiti penting dalam sebuah kumpulan dikalangan kawan-kawan yang lain dikehendaki (wajib) bersedia mengubah jadual hidup yang dahulunya susah untuk menghabiskan sebuah buku dalam sebulan kepada esoknya menghabiskannya kurang daripada sebulan.

Insha Allah, dengan amalan begini saya yakin kita mampu mencipta sesuatu landskap perjuangan dimana sahaja yang baharu. Tambahan pula, memberi nilai baharu (al-fahm) kepada cara fikir dan tindakan yang bernyawa lagi matang.

Benar, sampai bila kita ingin berada dalam peradaban dan sejarah yang sama ni. Soalnya adalah pelakar peradaban dan sejarah ni. Adakah benar-benar kita bersedia seperti bersedianya para sahabat apabila turunnya ayat Allah SWT setelah sekian lama berada di rumah sahabat bernama Arqam. Sudah bersediakah fikiran kita sepertimana jauh fikirnya minda Sultan Muhammad Al-Fateh ketika menyiapkan ‘grand design’ menakhluki Kota Andalus. Bersediakah soal taqhiyah (pengorbanan) kita sepertimana Mus’ab Bin Umair yang dahulunya kaya dan setelah mengaku ketauhidannya bersama perjuangan Nabi Muhammad SAW sehingga dikisahkan dalam sirah tidak cukup pakaian beliau ketika gugur dimedan juang.

Fikir dalam-dalam dan jangan lupa ubah cara menambah soal al-fahm, Insha Allah kita mampu mencontohi mereka (para sahabat) walaupun sedikit.

Kesimpulannya, ayuh kita bina dan rancang bersama mengubah kamus kehidupan kita supaya suatu hari nanti kita tidak ‘ternganga’ apabila pintu perjuangan sebenar lagi kita mimpi-mimpi selama ni terbuka luas. Sambutlah dengan penuh penghormatan dan istiqomah.

Saratkanlah mindamu wahai sahabat dan adik-adikku dengan tulisan-tulisan yang membina jiwa!