Mahasiswa Baharu USIM

Bismillah.

Sebelum terlupa, Selamat Datang saya ucapkan kepada semua adik-adik baharu ke bumi USIM. Maaf sebab tidak dapat bersama seawal adik-adik berada di USIM ni. Namun, warga mahasiswa dan saya secara keseluruhannya berbangga. Tahniah adik-adik.

Bermulanya adik-adik di USIM, maka bermulalah dunia baharu adik-adik. Daripada alam persekolahan yang penuh dengan pemerhatian ‘undang-undang’ dan cakna ibubapa ke suatu alam menara gading yang penuh dengan pujian dan cabaran.

Saya yakin, anda membawa harapan yang cukup besar. Hadir dengan penuh senyuman yang bermakna. Jika diberi peluang kepada saya, pasti saya akan gembira dan mengubah ‘planning’ untuk lebih berjaya di dunia universiti. Apakan daya, dunia berputar seperti tayar atau roda. Adik-adik belum terlambat.

Rancanglah ‘track’ kejayaan

Saya amat yakin, kejayaan bukanlah kebetulan. Betul tak? Kegagalan juga bukan kebetulan. Yakinlah. Jika adik-adik merancang kejayaan, pasti kejayaan akan tiba. Jika adik-adik merancang kegagalan sama ada dalam keadaan sedar, separa sedar, buat-buat tak sedar atau betul-betul sedar, adik-adik pasti gagal.

Kehidupan di universiti tidaklak ‘terkawal’ sangat seperti di zaman persekolahan dahulu. Bebas, harus berdikari, bijak dan tepat membuat pilihan dan keputusan, tiada kawalan dan lain-lain. Kesedaran pentarbiyahan yang lama dan fikiran yang sedar tentang tanggungjawab, pasti adik-adik tidak akan terjerumus dalam suasana tidak sihat di alam universiti.

Pesan saya, ‘pulanglah’ daripada universiti sepertimana adik-adik datang hari ni. Datang dengan penuh rasa ingin berjaya, ingin melihat ibubapa tersenyum lagi seperti mereka tersenyum ketika mengetahui kita layak ke universiti. Janganlah biarkan kita lupa harapan dan senyuman ibubapa ni.

Perancangan yang baik dan teliti pasti mendapat kejayaan dan walaupun gagal kita masih mampu lagi tersenyum.

Mahasiswa baharu, mahasiswa berjiwa ingin berubah. Adik-adik mulakan dengan satu!