KEMUDI 2009 di Abbasiah

Bismillah.

27 Jun 2009 (Sabtu), Maahad Al-Abbasiah – Alhamdulillah, saya telah dijemput menghadiri Kem Motivasi Diri atau KEMUDI anjuran Persatuan Anak Didik (Bekas Pelajar) Abbasiah singkatannya PADA. KEMUDI sekali lagi melakar sejarah dalam penganjurannya dengan membawa citra dan mesej yang baharu kepada adik-adik dengan bertemakan Revolusi Minda Menjana Muslim Kelas Pertama.

Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur dan sekolah.

Keterlibatan saya kali ini bukanlah seperti diawal penganjuran KEMUDI dahulu sebagai Jawatankuasa. Pengalaman baharu. Hadir sebagai salah seorang panel forum. Saya berbangga dan terharu kerana digandingkan bersama dua orang sifu saya ketika di zaman menengah persekolahan iaitu Ustaz Fauzi dan Abang Muzammil.

Dua insan ini merupakan diantara bintang yang berkelipan dilangit Abbasiah.

Slot forum yang mengasyikkan.

Kupasan tajuk berdasarkan tema KEMUDI kali ini sebenarnya agak berat untuk barisan panel memahami dan memberi faham kepada pelajar. Untuk makluman, pelajar yang terlibat dalam KEMUDI ini adalah pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM tahun ini. Syukur. Atas peluang kefahaman yang diberi, akhirnya pelajar dapat menggarap beberapa elemen untuk difahami dan diterjemah dalam realiti kehidupan mereka di Abbasiah dalam konteks revolusi.

Revolusi untuk faham adalah perubahan yang radikal dan secara total. Minda merupakan fikiran.

Kesimpulan, moga legasi KEMUDI ini akan terus rasional dan relevan. Terima kasih kepada semua bekas pelajar kerana sudi memberi kerjasama dengan hasrat yang satu, tidak mahu melihat adik-adik gagal dan buat kesilapan yang pernah kita lakukan dahulu.

Ingatlah, generasi Abbasiah hari ini bakal menjadi seperti generasi Kerajaan Abbasiah yang agung dahulu, amiin.

15 thoughts on “KEMUDI 2009 di Abbasiah

  1. syukran ana ucapkan pd abg alif coz time kemudi,abg n rkn2 dah wat kami semau rajin blajar..thank you so much…

  2. hai….
    thanz abg aliff coz dah banyak bagi dorongan tuk kami plajar f3.
    insyaallah kami akan buat yang terbaik,dapat banggakan abbasiah,,,.
    ameeeen

  3. assalamualaikum abg alif…tq ats ucpn abg 2…nama ana,nur athifah.lebih sng abg alif pnggil Iefah.skrg abg alif sdg study @ working hard?maaflah abg alif,ana ada kerja kursus utk PMR..

  4. assalamualaikumm…abg alif…ceat kerw????kter nk ucap time kaceh tat abg….coz wat kemudi 2..t cmpaikan salam kter kat sume bekas2 abbasiah ye…semoga abg alif sukses claluuu…

  5. abg alif,Kalo abg alif free,add la sy kt:ariefa_acik591 tau..massngr pny..nnt,abg alif on line,ckp tau…lg 1,ana nk jmput abg alif bg crmh pd pljr2 besout boleh x???

  6. dan kalo abg alif nk tau sape ana,.., frstly,maaf dlu tau sblm ana ckp…hope abg alif x mrh k…ana yg main2 dgn kwn waktu abg bg crmh ari 2..maaf ye abg alif..ana x bleh kalo ade owg gnggu kalo tgh kusyuk drr..

  7. salam a’laik! abg alif,ana adik ngifni..msih ingatkh ifni thun same dgan abg singe,abg man,zmri n laen2…ana skrg di usim..doakn ana bjaye sperti abg alif yg tlah bnyak mmberi dorongan n smgat untk study..May ALLAH Bless You..

  8. salam aliff,pekabo…eh silap abg aliff..hahaahaa…buat ape skrg??? dengar kate nak buat master… aku tengah tahun akhir law kat uitm shah alam….ok, keep in touch… ape2 hal, contact facebook…ikhlas:zamre ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s