Skim Diskaun, PUNATS dan MASISNA: Satu Pencapaian

Perwakilan MPPK 2009 bersama YAB TPM

Perwakilan MPPK 2009 bersama YAB TPM

Bismillah.

Alhamdulillah, dapat jua saya menghadiri satu program yang kira penting iaitu Majlis Perundinagn Pelajar Kebangsaan (MPPK). Walaupun dalam keadaan sibuk dengan praktikum. Tahniah saya ucapkan kepada semua rakan-rakan perwakilan atas usaha bersama ini.

MPPK 2009 kali ini dijadualkan selama dua hari, bermula hari Isnin lalu, tamat hari Selasa. Hanya dua hari. Saya hanya sempat menghadiri hari yang kedua. Terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Pelajaran kerana sudi mempengerusikan MPPK kali ini.  Tidak lupa jua kepada YB Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi.

MPPK 2009 bermula hari pertama di Bangi dan berakhir di Seri Kembangan. Bermula jam 2.30 petang dan selesai hampir 5.30 petang. Tahniah sekali lagi kepada rakan-rakan pembentang kertas kerja, sedikit sebanyak anda, mewakili golongan anak muda di kampus untuk menyuarakan pendapat dan idea kepada kepimpinan negara supaya prihatin dalam soal kebajikan mahasiswa di menara gading.

UPNM terajui PUNATS

Kalau anda membaca akhbar hari ini, hampir kesemua mengulaskan initipati perbincangan MPPK kali ini. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentang secara bersama. Sebahagian kertas kerja tersebut diterima untuk dibawa keperingkat yang lebih serius. Antaranya, cadangan menubuhkan PUNATS (saya lupa nama penuhnya) yang mana menyentuh soal Non Traditional Security seperti keselamat makanan, politik dan sebagainya. Mudah untuk difahami, keselamatan yang tidak menyentuh soal senjata. Tahniah kepada saudara Farid daripada UPNM selaku wakil pembentang kerats kerja ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan memutuskan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan menerajui kajian mengenai aspek keselamatan bukan tradisional seperti disarankan dalam mesyuarat MPPK.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju dengan saranan itu kerana ia menandakan mahasiswa negara ini sedar soal keselamatan negara secara menyeluruh.

“UPNM menjadi peneraju kajian aspek keselamatan bukan tradisional seperti makanan dan keselamatan sosial yang dianggap penting oleh kerajaan. Kita mahu ada kajian dan perancangan teliti mengenainya,” katanya. (Kenyataan YAB TPM di Berita Harian, 10 Jun 2009).

Penubuhan MASISNA

Begitu juga kesediaan YAB TPM menerima kertas kerja mengenai Majlis Mahasiswi Nasional (MASISNA) yang mana diberi peranan untuk diletakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tahniah Ayuni daripada UM selaku wakil pembentang kertas kerja ini.

Katanya, beliau turut bersetuju dengan cadangan mesyuarat berkenaan supaya ditubuhkan Majlis Mahasiswi Nasional (Masis) yang akan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Golongan mahasiswi berpendapat mereka boleh membantu negara dengan memberikan pelbagai idea sekali gus meningkatkan taraf golongan wanita negara ini dan saya telah arahkan mereka untuk berhubung dengan kementerian berkenaan,” katanya. (Kenyataan YAB TPM di Utusan Malaysia, 10 Jun 2009).

Skim diskaun pengangkutan bagi pelajar

Sesungguhnya saya amat bersetuju jika skim ini dapat diperhalusi kembali. Kini bukan sahaja masyarakat merasai tempias peningkatan kadar surcaj 30% itu, mahasiswa juga menerima ‘bebanan’ ini. Biarlah hal dapat diselesaikan segera moga jaminan keselesaan dalam menuju kejayaan dapat diperolehi dengan keadaan yang baik.

Tahniah Saifuddin daripada UUM mewakili mahasiswa dalam menyuarakan hasrat ini!

Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menyediakan skim diskaun pengangkutan bagi meringankan beban para pelajar yang bergantung pada kenderaan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu jika dilaksanakan akan melibatkan pelajar sekolah dan mahasiswa universiti di negara ini.

“Para mahasiswa mengadu mengenai kos pengangkutan yang telah meningkat agak tinggi dan di negara-negara lain terdapat kad diskaun pelajar, jadi mereka cadangkan perkara yang serupa di negara ini.

“Pada dasarnya pandangan ini bagus. Kita akan kaji perkara berkenaan secara mendalam disebabkan ia akan memberi implikasi yang besar kerana melibatkan pemberian subsidi daripada kerajaan.

“Saya telah meminta supaya agensi yang terlibat mengkaji pandangan daripada mahasiswa ini sama ada boleh atau tidak kita buat atau ada pendekatan lain yang boleh digunakan untuk membantu para pelajar,” katanya. (Kenyataan YAB TPM di Utusan Malaysia, 10 Jun 2009).

Akhirnya, tidak mungkin apa yang kita inginkan hari ini akan tercapai esoknya. Namun hakikat dalam soal menyuarakan hasrat mahasiswa telah pun kami sampaikan. Tepuk dada tanya komitmen kita dalam merealisasikan hasrat ini.

Rakyat diutamakan!

2 thoughts on “Skim Diskaun, PUNATS dan MASISNA: Satu Pencapaian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s