Istiqamah dan Cemerlang Untuk Berubah

Bismillah.

Mata lasak digayuti syaitan. Mengantuk. Tangan gatal ingin menulis. Fikiran mula bercambah. Hati terasa indah. Inilah keadaan saya ketika ini. Bermacam-macam. Berehat seketika sebelum menghabiskan kerja-kerja katalogan buku-buku Arab yang masih berbaki.

Mengantuk. Mungkin disebabkan kekenyangan diperut. Semestinya diperut. Teaorinya sangat mudah dan dimaklumi. Apabila perut terlalu kenyang daripada biasa dan melanggari satu pertiga aturan, tuntutan dan nasihat dalam hadith Nabi Muhammad SAW, sememangnya menjadikan kita mengantuk.

Teringat slot kuliah maghrib seawal berada di semester pertama di KUIM, Musolla KKNC. Ustaz menyebut, sebagai Tolib al-‘Ilm, semestinya menjaga kesihatan dan diantaranya makan. Orang yang menuntut ilmu hendaklah makan dan minum secara bersederhana. Yakni, terasa masih ada lagi ruang selepas makan dan minum. Namun, amalan kebanyakkan daripada kita (termasuk saya), terlupa. Kalau makan, memang makan sungguh-sungguh. Kalau minum, sememangnya minum. Insafilah.

“Makanlah, minumlah, jangan membazir. Kerana Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang membazir”. Bukan saya tak suka, Allah SWT yang memberi kita rezeki yang tak suka. Maha Besar.

Hati terasa indah. Najid www.ustadzmuda.wordpress.com dengan pragmatisnya. Faridh www.mdfaridh.wordpress.com dengan cipta minda barunya. Baitie www.baitie.blogspot.com dengan dairi abadinya. Zati www.zatieyzulkifli.wordpress.com dengan revenge time. Maksud saya. mereka ini dan lain-lain mulai mengenali dunia menulis dalam maya. Yakni blogging. Saya gembira. Soal apa yang mereka tulis bukan soalan yang pertama tetapi, mereka ada usaha untuk berubah dan sharing. Begitu juga kawan-kawan lain yang sempat saya layari ‘laman tulisan maya’ mereka, shazwan www.shazwanzain.blogspot.com , aida www.aidaasmeeda.blogspot.com, ashraf www.asyhralf.wordpress.com dan ramai lagi. Tahniah saya ucapakan!

Oh! Ye. Laman sementera www.mppusim0809.wordpress.com. Sebelum website yang baharu siap.

Berehat menulis sekejap. Sambung kerja!

Hari ini, lewat sikit balik praktikum. Lewat setengah jam. Cukupkan masa praktikum.

Tentang percambahan fikiran untuk kongsian. Penting sebenarnya istiqamah atau consistence dalam perubahan dan menggapai kecemerlangan. Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan diri kita sendiri yang mengubahnya. Begitu juga, komitmen perubahan dalam diri sebenarnya kita mampu melakukannya. Percayalah.

“Alif, result aku semester ni teruklah. Asyik sibuk program je aku ni”. Keluhan rakan. Saya pendapat, kecemerlangan haruslah berterusan dan consistence. Maksud saya, walaupun kita masih lagi tidak mencapai kerjayaan dalam akademik (jangan teruk sangat), ingatilah sumbangan kita dalam menganjurkan program. Sifirnya, kalau 100% ini ukuran kejayaan dan kita hanya mampu duduki 80%. Sebenarnya, 20% lagi yang ‘hilang sementara’ itu kita telah sumbang dan ‘berniaga’ dalam penganjuran program. Keuntungannya adalah dimasa hadapan dan ‘barangan’ yang diniaga tadi adalah pengalaman. Pengalaman yang berpengetahuan.

Jadi, janganlah kita risau dan bimbang. Yang penting, kita mujahadah dan ikhlas dalam semua perkara yang dihidangkan. Insha-Allah, pertolongan-Nya bersama.

Tulisan nasihat ini adalah rentetan keputusan peperiksaan yang bakal keluar nanti. Saya mahu kita percaya dengan mujahadah dan keikhlasan kita selama ini.

Kekalkan kejayaan dan konsisten dalam melakukan perubahan. Sesungguhnya, Allah SWT sangat menyukai mereka yang sedikit amalnya tetapi berterusan. Kalau banyak, lagi bagus. Amiin.

Selamat maju jaya.

Walimah al-‘Urus

Bismillah.

Seronok bila waktu cuti persekolahan tahun ini semakin tiba. Yelah. Masa yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin melengkapkan sunah Rasulullah SAW. Indahkan.

Sehingga hari ini, saya sudah menerima beberapa undangan walimah. Schoolmate, University-mate (boleh ke istilah ini), staff di tempat praktikal dan lain-lain.

Apa-apa pun, saya ucapkan Selamat Pengantin Baharu untuk semua. Semoga hidup bahagia, panjang umur dan jodoh lagi kekal dan diberkati.

1_532440383l

Kak Ij sebelah bahu kanan saya

Khas untuk Wan Siti Khadijah Wan Mohd Nasir atau Kak Ij (bekas Setiausaha Agong MPP USIM Sesi 2007/2008) dan Noorfadzilawati atau Nono (kawan sekolah menengah), moga bahagia nanti.

Saya dalam pertimbangan lagi nak pergi yang mana antara jemputan yang telah diterima. Lagipun, memang agak lama tak join aktiviti sosial seperti kenduri ini. Cari pengalaman, bukan pasangan.

Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati kamu berdua serta menghimpun kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat. Amiin.

10 Hari Pertama Praktikum di Perpustakaan Tuanku Bainun

Jom katalog buku. Best!

Jom katalog buku. Best!

Bismillah.

Hari ini, hari pertama saya di Bahagian Pengkatalogan. Kerja baru, komitmen baru. Seperti biasa, timbunan kitab-kitab Arab menjadi tugasan ‘rasmi’ saya. Apa nak dikisahkan, sebagai pelajar praktikum mesti sentiasa bersedia apa sahaja tugasan yang bakal diberi. Falsafahlah pula.

Memori di Bahagian Perolehan.

Seingat saya, tepat jam 8.00 pagi, 11 Mei 2009 (Isnin), saya ke arah 4 bangunan Perpustkaan UPSI di Tanjung Malim. Tempat kelahiran saya. Ketika itu, bertemu dengan seorang staff yang mengiringi dan memberi senarai jadual penuh praktikum. “Wah, semua bahagian aku akan masuk ini. Macam best.” Pandangan dan perasaan awal saya.

Tidak sangka dan kebetulan ada Perhimpunan Pagi bersama semua staff. Saya dah bermula berfikir macam-macam. Perjalanan ke tempat perhimpunan tidak jauh daripada pejabat yang saya masuki seawal tadi. Berjalan beriringan bersama Puan Rusliza, Penolong Ketua Pustakawan. Bacaan doa dimulakan oleh Encik Hamzah (kalau tak silap) dan diteruskan sesi perbincangan inter-staff mengenai hal-hal berkaitan dan gerak kerja di perpustakaan. “Alif, U perkenalkan diri sikit”. Bisik Puan Rusliza. Apa lagi, dah macam-macam ayat-ayat cinta saya fikirkan. Yelah, pandangan pertama itu penting bagi memberi gambaran kepada mereka siapa kita dan bagaimana kita. “Assalamua’alaikum semua dan selamat pagi”. Dengan tersenyum saya memulakan kalam. Habis riuh dibelakang. Mana tidaknya, ada dikalangan mereka memang mengenali saya. Mak dan Ayah memang orang Tanjung Malim. Faham-fahamlah.

Continue reading

Teori Evolusi Cinta

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 Ampang

Cinta_Monyet_by_KaixerGroupKorang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Continue reading

Warisan Perjuangan

Dunia yang berputar
Bersama kelalaian
Mencari cinta Ilahi

Berbekal pengharapan
Kehidupan manusia
Adalah perjuangan
Mengharapkan pengorbanan
Bersama keikhlasan

Teruskan perjuangan suci
Demi kalimah Ilahi
Cari kekuatan diri
Dari ketulusan hati

Cabaran yang mendatang
Usah gentar dan bimbang
Ukhuwah dan penyatuan
Jaminan kemenangan

Semalam yang berlalu
jadikan pengajaran
Himpunkan doa dan restu
Untuk keredhaan-Nya

Pandanglah ke hari depan
Dengan penuh keinsafan
Tunaikanlah kewajipan
Jalankan perintah Tuhan

Kebahagiaan sejati
Kejayaan hakiki
Itulah matlamat kami
Hidup di dunia ini

Album : Generasiku
Munsyid : Suara Generasi
http://liriknasyid.com