Berani dan Bijak Seperti Fergie

Siapa hebat?

Siapa hebat?

Agak keterlaluan jika dikatakan Alex Ferguson tidak pernah membuat sebarang keputusan yang silap sepanjang kariernya.

Namun apa yang menarik, banyak keputusan sukar yang dilakukan pengurus Manchester United paling berjaya itu membuahkan hasil memberangsangkan.

Buktinya 11 kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan yang terbaru diraih Sabtu lalu selepas seri tanpa jaringan menentang musuh tradisi, Arsenal serta 21 trofi lain yang dibawa ke Old Trafford sejak mengambil alih pucuk pimpinan kelab itu pada 1986.

Berikut adalah beberapa keputusan berani dan tegas diambil pengurus berbangsa Scotland itu yang nyata berbaloi buatnya dan Manchester United secara keseluruhannya.

 

1. Membeli Eric Cantona

United bergelut di tangga ke-10 dalam Liga Perdana yang baru diperkenalkan pada November 1992 apabila Fergie mengejutkan kancah bola sepak dengan membeli Eric Cantona, yang kurang menyerlah bersama kelab terdahulu Leeds United.

Cantona bagaimanapun mula menemui sentuhan jaringannya dan United memenangi kejuaraan pertama liga utama dalam tempoh 26 tahun, 10 mata di depan naib juara Aston Villa.

2. Mengikat kontrak dengan Roy Keane

Fergie berdepan tugas sukar ketika musim panas 1993 iaitu siapa yang patut dibeli menggantikan Bryan Robson.

Beliau memilih pemain Ireland berbadan tegap, kasar tapi penuh berpotensi dari Nottingham Forest, Roy Keane dan bermulanya karier seorang pemain legenda. Keane bernilai £3.75 juta (RM19.8 juta) dan kekal beraksi di kelab itu selama 12 tahun, penuh dengan sentuhan ajaib dan trofi kemenangan.

3. Anda boleh menang dengan pemain muda

Alan Hansen, bekas pemain Liverpool memberitahu Fergie: “Anda takkan menang sesuatu dengan pemain muda.”

Reaksi dari Old Trafford ketika musim 1995-96 adalah “Ya, kami boleh,” apabila United meraih kejuaraan liga dengan pasukan yang termasuk Gary Neville, Phil Neville, David Beckham, Paul Scholes dan Nicky Butt.

Kehadiran pemain muda Ryan Giggs menukarkan kelompok yang digelar ‘Fab Five’ itu menjadi ‘Super Six’ ketika United mengatasi Newcastle United sekalipun awalnya ketinggalan 12 mata.

4. Menurunkan pemain gantian hebat mengalahkan kelab Jerman

Pemain Bayern Munich sudah meraikan kemenangan dengan penyokong mereka pada babak-babak akhir saingan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 1999 di Barcelona.

Namun Fergie memasukkan pemain gantian Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer yang masing-masing menyumbang satu gol pada masa kecederaan sekali gus membolehkan United menang 2-1 serta menjulang Piala Eropah buat kali pertama sejak 1968. Alex menerima gelaran Sir selepas kejayaan itu.

5. Menangguhkan persaraan

Prestasi United merudum pada 2001-02 selepas Fergie mengumumkan keputusannya untuk bersara pada hujung musim itu.

Kemudian, beliau mengubah fikirannya dan musim berikutnya mereka memenangi trofi Liga Perdana menerusi satu kebangkitan menakjubkan selepas ketinggalan lapan mata di belakang Arsenal dua bulan sebelum kempen berakhir.

6. Meletakkan kepercayaan terhadap Van Nistelrooy

Fergie mencuri tumpuan pada 2000 apabila beliau bertegas dengan keputusannya untuk membeli Ruud van Nistelrooy dari PSV Eindhoven dengan rekod perpindahan Britain £18 juta (RM95.4 juta) walaupun bintang Belanda itu mengalami kecederaan lutut yang serius.

Pada musim panas 2001, Fergie mendapat pemain yang dimahukannya dan Van Nistelrooy kemudiannya menjaringkan 150 gol dalam lima musim.

7. Melupakan khidmat Beckham

Hubungan David Beckham dengan Fergie mula kusut selepas Becks berkahwin dengan Victoria.

Akhirnya pemain itu dilepaskan ke Real Madrid pada Julai 2003.

Siapa yang betul? Sejak menjual Becks dengan harga £25 juta (RM132.5 juta), Fergie terus menerus memenangi trofi kejuaraan manakala bekas pemain bintangnya hanya menjuarai satu trofi La Liga bersama Real Madrid.

8. Kekalkan Ronaldo

Peminat fanatik United pun bimbang Ronaldo tidak mampu memberikan yang terbaik buat United selepas siri perbincangan perpindahan yang tidak menjadi ke Real Madrid musim panas lalu.

Namun Fergie kekal dengan keputusannya, menafikan keinginan kelab Sepanyol itu dan meraih apa yang disasarkannya apabila Ronaldo meneruskan kualiti bintang mengemudi pasukan itu menjuarai Liga Perdana sekali lagi.

9. Mengenal pasti bakat hebat Ronaldo

Keupayaan Fergie mengenal pasti pemain berbakat terserlah dengan kehadiran pemain berusia 18 tahun dari Sporting Lisbon, Cristiano Ronaldo.

Peminat bimbang United tidak akan dapat mengisi kekosongan jersi nombor 7 selepas pemergian Becks tapi Sir Alex mempertaruhkan £12.24 juta (RM64.8 juta) menjarikan Ronaldo pemain pertama dari Portugal buat Unired dan kini Real Madrid mahu membelinya dengan harga £80 juta (RM424 juta). Satu perniagaan yang hebat.

10. Tidak menerima tawaran Spurs dan Arsenal

United bukanlah kelab Inggeris pertama yang cuba mendapatkan khidmat Fergie dari Aberdeen, yang mana dia menjadi legenda selepas memenangi Piala Antara Juara-Juara Eropah.

Tottenham mahukan khidmatnya untuk menggantikan Peter Shreeves dan Arsenal melihatnya sebagai calon terbaik menggantikan Don Howe.

Namun apabila United menelefonnya, Fergie akhirnya pergi ke selatan pada November 1986 untuk mengambil alih tugas pengurus daripada Ron Atkinson yang dipecat.

Metro, 27 Mei 2009

3 thoughts on “Berani dan Bijak Seperti Fergie

  1. Ydp alif..bgus cite baru ni.cnfim la sokg man u kan..huhu.
    em..nk mnta tlg ajar la cmne nk wat yg bwh artikel post de

    cmne ek..tolg ajar ek…heheh

  2. Sokong cara dia berfikir dan buat keputusan. Namun, tetap dihatiku Barca. Tak suka Christiano Ronaldo. Dia tak ada nanti, baru ada ‘simpati’ dengan MU. Haha~. Nak buat file under tu ke? Klik Posts-Post Tage@Categories. Ok. Tak boleh, bagi tahu balik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s