
Tamhidi USIM
Bismillah.
Mula kalam, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan, Welcome kepada semua siswa baru Tamhidi USIM. Tahniah! Anda memilih dan dipilih serta terpilih berada dilaman, taman, kebun ilmu Universiti Sains Islam Malaysia.
Tentunya ibubapa gembira dengan pencapaian anda semua berpijak ke menara gading. Walaupun si Ayah tidak menitiskan air mata, sekurang-kurangnya, dia berasa bangga. Begitu juga ibu.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang berkorban masa dan tenaga menyambut kehadiran adik-adik baru ini. Insha-Allah, pertemuan pertama kalian mampu memberi sinar dan pandangan pertama yang terbaik untuk adik-adik ini.
Info saya terima, kebanyakkan daripada adik-adik semua merupakan mereka yang excelllent. Hampir kesemuanya mempunyai keputusan yang sangat cemerlang. Ini petunjuk USIM bakal mengubah persepsi songsang yang berlaku.

Bangkitlah dari lena manja itu
Ingatlah adik-adik, anda harapan semua pihak. Baik adik-adik, baiklah semua. Begitu juga sebaliknya. Nasihat saya, rancanglah kejayaan adik-adik di USIM ini kerana adik-adik mampu memperolehinya.
Tiada yang mustahil bagi kita (pengajian Agama) ini untuk mengubah dunia! Bangkitlah daripada selimut manja itu. Sirah menunjukkan bahawa walaupun Rasulullah SAW dijamin ke syurga tetapi baginda memilih jua jalan yang susah dalam berjuang. Inilah sirah yang perlu kita amati.
Semoga adik-adik mampu menjadi qudwah al-hasanah suatu hari nanti.
Pingback: Taaruf Tamhidi 2009/2010 « Majlis Perwakilan Pelajar USIM 08/09
salam…. saya melihat tamhidi mampu membekalkan produk yang cemerlang untuk usim… moga2 d tahun2 mendatang produk tamhidi semakin bertambah…. ex-tmhidi80/09
Ws. All the best…
asalamualaikum..
progrem tamhidi tu camne?sepeti asasi ke?
o lebh tepat.ape mksd tamhidi tu.
Ws anissuzana, program Tamhidi di USIM mcm matrikulasi di universiti2 lain… blh tgk detail dlm website USIM, http://www.usim.edu.my/
saya dpt tamhidi syariah n undand2…leh ke x sy nk tkr kos kpda tmhdi perakaunan
Assalamualaikum, ukhti or akhi..fiza nak tanya, program tahmidi tu mesti da STAM ke? erm..n lepasan tahmidi tu trus ke DEGREE kan?
Ws alaik wrt wbt. Tamhidi USIM mcm Asasi UIAM @ program matrikulasi2 yg lain. Kemasukkan ke Tamhidi guna result SPM je. Kalau dah ada STAM @ STPM, baik apply degree. Maaf lewat reply.