Tamhidi USIM, Menakjubkan!

Tamhidi USIM

Tamhidi USIM

Bismillah.

Mula kalam, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan, Welcome kepada semua siswa baru Tamhidi USIM. Tahniah! Anda memilih dan dipilih serta terpilih berada dilaman, taman, kebun ilmu Universiti Sains Islam Malaysia.

Tentunya ibubapa gembira dengan pencapaian anda semua berpijak ke menara gading. Walaupun si Ayah tidak menitiskan air mata, sekurang-kurangnya, dia berasa bangga. Begitu juga ibu.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang berkorban masa dan tenaga menyambut kehadiran adik-adik baru ini. Insha-Allah, pertemuan pertama kalian mampu memberi sinar dan pandangan pertama yang terbaik untuk adik-adik ini.

Info saya terima, kebanyakkan daripada adik-adik semua merupakan mereka yang excelllent. Hampir kesemuanya mempunyai keputusan yang sangat cemerlang. Ini petunjuk USIM bakal mengubah persepsi songsang yang berlaku.

Bangkitlah dari lena manja itu

Bangkitlah dari lena manja itu

Ingatlah adik-adik, anda harapan semua pihak. Baik adik-adik, baiklah semua. Begitu juga sebaliknya. Nasihat saya, rancanglah kejayaan adik-adik di USIM ini kerana adik-adik mampu memperolehinya.

Tiada yang mustahil bagi kita (pengajian Agama) ini untuk mengubah dunia! Bangkitlah daripada selimut manja itu. Sirah menunjukkan bahawa walaupun Rasulullah SAW dijamin ke syurga tetapi baginda memilih jua jalan yang susah dalam berjuang. Inilah sirah yang perlu kita amati.

Semoga adik-adik mampu menjadi qudwah al-hasanah suatu hari nanti.

Nota di Sisi Monitor Kerja

Sebelum tiba tujuh perkara.

Daripada Abu Hurairah Rasulullah SAW bersabda: Beramallah sebelum tujuh perkara; tiada yang kamu tunggu melainkan miskin melarat, atau kaya yang merosakkan, atau sakit tenat, atau tua nyanyuk, atau mati mengejut, atau dajal, maka ianya adalah sejahat-jahat perkara ghaib yang ditunggu, atau qiamat maka ianya adalah lebih dahsyat dan heat lagi. (Riwayat Tarmizi)

Pengertian.

Dalam hadith ini, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlumba-lumba mengerjakan amal ibadat sebelum tujuh perkara yang merupakan halangan besar di hadapan seseorang, sama ada ia ditimpa kemiskinan atau kekayaan yang akan membinasakannya, atau kesakitan, kematian, dajal dan lain-lain. Perkara tersebut akan menghalangnya dari melakukan amal kebajikan.

Kesimpulan.

Bersegeralah mengerjakan amal ibadat janganlah membuang masa dengan sia-sia dan percuma. Isikanlah kehidupan dengan amal soleh sebelum tiba halangan dan rintangan.

Selamat beramal.