10 Hari Pertama Praktikum di Perpustakaan Tuanku Bainun

Jom katalog buku. Best!

Jom katalog buku. Best!

Bismillah.

Hari ini, hari pertama saya di Bahagian Pengkatalogan. Kerja baru, komitmen baru. Seperti biasa, timbunan kitab-kitab Arab menjadi tugasan ‘rasmi’ saya. Apa nak dikisahkan, sebagai pelajar praktikum mesti sentiasa bersedia apa sahaja tugasan yang bakal diberi. Falsafahlah pula.

Memori di Bahagian Perolehan.

Seingat saya, tepat jam 8.00 pagi, 11 Mei 2009 (Isnin), saya ke arah 4 bangunan Perpustkaan UPSI di Tanjung Malim. Tempat kelahiran saya. Ketika itu, bertemu dengan seorang staff yang mengiringi dan memberi senarai jadual penuh praktikum. “Wah, semua bahagian aku akan masuk ini. Macam best.” Pandangan dan perasaan awal saya.

Tidak sangka dan kebetulan ada Perhimpunan Pagi bersama semua staff. Saya dah bermula berfikir macam-macam. Perjalanan ke tempat perhimpunan tidak jauh daripada pejabat yang saya masuki seawal tadi. Berjalan beriringan bersama Puan Rusliza, Penolong Ketua Pustakawan. Bacaan doa dimulakan oleh Encik Hamzah (kalau tak silap) dan diteruskan sesi perbincangan inter-staff mengenai hal-hal berkaitan dan gerak kerja di perpustakaan. “Alif, U perkenalkan diri sikit”. Bisik Puan Rusliza. Apa lagi, dah macam-macam ayat-ayat cinta saya fikirkan. Yelah, pandangan pertama itu penting bagi memberi gambaran kepada mereka siapa kita dan bagaimana kita. “Assalamua’alaikum semua dan selamat pagi”. Dengan tersenyum saya memulakan kalam. Habis riuh dibelakang. Mana tidaknya, ada dikalangan mereka memang mengenali saya. Mak dan Ayah memang orang Tanjung Malim. Faham-fahamlah.

Perhimpunan selesai. 8 hari pertama saya ditempatkan di Bahagian Perolehan atau nama manjanya BPO. Bersama penyelaras BPO, Encik Mohd Razalli memulakan sedikit muqaddimah ringkas mengenai BPO. BPO mempunyai 3 Unit, Monograf (faham: buku-buku), Terbitan Bersiri/Sumber Media dan Hadiah/Pertukaran (yang tidak melibatkan bayaran, free of charge). Tugasan secara tuntasnya banyak menghabiskan membuat dan memahami proses semakan, Control Number (CN), Input Data, proses Pesanan Belian, Invois dan lain-lain, khasnya berkaitan kitab-kitab Arab. Contohnya daripada Fajar Ulung, Pustaka Kamza dan Ibz (tak ingat nama penuh). Memang menarik sebab apa, saya boleh mengenali sedikit sebanyak pembekal buku-buku di Malaysia khasnya, luar negara amnya.

Tugasan saya sepatutnya hanya 8 hari di BPO. Disebabkan ada tugasan terakhir yang masih selesai, saya diminta oleh Encik Razalli extend sehari sebelum bertukar ke Bahagian Pengkatalogan. Kebetulan, sebahagian pegawai incharge mengadakan lawatan ke Perpustakaan USIM, di Bandar Baru Nilai. Alhamdulillah, hubungan saya dengan staff di BPO semakin kamcing atau kacip. Walaupun ketiadaan saya di BPO lagi, BPO masih mempunyai pelajar UPSI (Ayi dan Zakri) untuk membantu. Menariknya di sini, UPSI membuka ruang kepada pelajarnya untuk apply Skim Khidmat Pelajar (SKP) ketika waktu cuti semester atau dalam semester. Membantu pihak pengurusan. Dengar khabar, bukan di perpustakaan sahaja ada pelajar SKP, di bahagian lain pun ada seperti Hal Ehwal Pelajar (HEP). Ini salah satu cara membantu pelajar daripada nganga (faham: tak buat apa) dan memberi income secara pakej dengan pengalam alam pra-pekerjaan. Apa kata universiti saya mengambil pendekatan begini?

Oh! Cerita hari ini, saya memulakan pengenalan Bahagian Pengkatalogan iaitu bersama Encik Nizam Samin. Bahagian ini lebih kurang sama dengan BPO. Cuma ianya lebih kepada katalog data secara complete. Seperti biasa, kitab-kitab Arab menjadi admire saya lagi. Satu rak, tapi tak penuh. Menjadi mudah kerana kebanyakan data telah dikatalog oleh perpustakaan universiti-universiti yang lain. Tapi, kalau tiada data. Alamatnya, memang sukar sikit kerjanya. Komitmen baru. Biasalah, belum dapat skill lagi.

Saya harus berhenti menaip sekarang. Hampir waktu solat Juma’at. Nak pahala ‘kibas’. Tak nak pahala ‘ayam kampung’. Barakah ‘penghulu hari’.

Kesimpulan mudah, di BPO saya telah mempelajari bagaimana sesebuah bahan seperti buku diperolehi. Proses, semakan, input dan sebagainya. Terima kasih kepada staff di BPO. Jangan risau, kita berjiran (Bahagian Pengkatalogan hanya bersebelahan dengan BPO). Hanya tingkap dan pintu memisahkan kami. Keduanya, belajar mengenai apa itu proses. Cakap macam senang hakikatnya, memang rumit. Lihat staff di BPO macam-macam ragam. Itulah rencah alam kerjaya.

“Bahagian Pengkatalogan, aku dah datang”.

Sambungan selepas solat Juma’at. Tepat jam 1.00 petang tadi, saya tiba di Masjid Jamek Tanjung Malim. Sedikit (banyak kot) berbeza melihat masyarakat mengimarah masjid terutama di hari Juma’at. Hari ‘otai’ bagi semua hari. Terkenang pengalaman di bumi Dimashq. Suasana masyarakatnya yang begitu ‘alergik’ dengan mengimarahkan masjid. Bukan hanya diwaktu solat Juma’at, termasuk waktu solat yang lain. Dengan penuh pengisian daripada Sheikh Mukhtabar, perbincangan kitab dan pertanyaan direct atau one by one (antara makmun dan iman/Sheikh). Tersenyum apabila terkenangan dan sedih ketika berpijak direaliti. Satu impian.

2.30 petang. Masuk pejabat untuk menyambung semula kerja-kerja pengkatalogan. Insha-Allah, bertemu dilain penulisan. Moga-moga perkongsian tidak seberapa ini memberi manfaat untuk diri dan semua.

Wallahua’lam.

4 thoughts on “10 Hari Pertama Praktikum di Perpustakaan Tuanku Bainun

  1. Ws, Cik Siti. Saya belum lagi ‘cerita’ keseluruhan bahagian di PTB ni. Insha Allah, coming soon. Thanks bg comment.

  2. salam aliff…. ari ni baru berpeluang membaca tulisan aliff… akak jugak nak ucapkan very very the big tq pada aliff… banyak persoalan hidup yang ingin ketahui… alhamdulillah ada insan yang sudi memberi panduan…. syukran syukran jazakallah…. semoga ALLAH swt membalas jua setiap kemuliaan yang di titipkan… INSYAALLAH… dan semoga persahabatan ini tidak tinggal kenangan… jumpa kat lambak nanti jangan idak togor lak… sedaro la kato kan… heheheh:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s