10 Hari Pertama Praktikum di Perpustakaan Tuanku Bainun

Jom katalog buku. Best!

Jom katalog buku. Best!

Bismillah.

Hari ini, hari pertama saya di Bahagian Pengkatalogan. Kerja baru, komitmen baru. Seperti biasa, timbunan kitab-kitab Arab menjadi tugasan ‘rasmi’ saya. Apa nak dikisahkan, sebagai pelajar praktikum mesti sentiasa bersedia apa sahaja tugasan yang bakal diberi. Falsafahlah pula.

Memori di Bahagian Perolehan.

Seingat saya, tepat jam 8.00 pagi, 11 Mei 2009 (Isnin), saya ke arah 4 bangunan Perpustkaan UPSI di Tanjung Malim. Tempat kelahiran saya. Ketika itu, bertemu dengan seorang staff yang mengiringi dan memberi senarai jadual penuh praktikum. “Wah, semua bahagian aku akan masuk ini. Macam best.” Pandangan dan perasaan awal saya.

Tidak sangka dan kebetulan ada Perhimpunan Pagi bersama semua staff. Saya dah bermula berfikir macam-macam. Perjalanan ke tempat perhimpunan tidak jauh daripada pejabat yang saya masuki seawal tadi. Berjalan beriringan bersama Puan Rusliza, Penolong Ketua Pustakawan. Bacaan doa dimulakan oleh Encik Hamzah (kalau tak silap) dan diteruskan sesi perbincangan inter-staff mengenai hal-hal berkaitan dan gerak kerja di perpustakaan. “Alif, U perkenalkan diri sikit”. Bisik Puan Rusliza. Apa lagi, dah macam-macam ayat-ayat cinta saya fikirkan. Yelah, pandangan pertama itu penting bagi memberi gambaran kepada mereka siapa kita dan bagaimana kita. “Assalamua’alaikum semua dan selamat pagi”. Dengan tersenyum saya memulakan kalam. Habis riuh dibelakang. Mana tidaknya, ada dikalangan mereka memang mengenali saya. Mak dan Ayah memang orang Tanjung Malim. Faham-fahamlah.

Continue reading