Selamat Hari Guru Untuk Sifu

teachers-dayBismillah.

Esok, Hari Guru. Penulis mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua sifu-sifu penulis yang mengajar sehingga berjaya menjejak kaki ke menara gading sekarang.

Maafkan penulis jika ‘nakal’ semasa dibangku pengajian dulu. Biasalah, ‘nakal’ sebelum nak jadi baik.

Khas penulis ucapkan Selamat Hari kepada sifu-sifu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung sin, Tanjung Malim, Perak. Sekolah Menengah Ugama Rakyat Abbasiah, Sungkai, Perak. Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu. Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Tidak lupa sifu-sifu yang lain (yang tidak bertemu secara langsung).

Penulis sayang bangat dengan semua sifu-sifu. Terima kasih semua.

Markah kasihan: Pandang sisi MPP (2)

161003Bismillah.

Kualiti Mahasiswa USIM Setanding Dengan Institusi Pengajian Tinggi Lain

Sebagai sebuah universiti yang memfokuskan pengajian Islam kompetetif, USIM dilihat mengambil langkah yang selari dengan hasrat kerajaan melalui pengamalan sistem pengkhususan yang dinamik dan seimbang menerusi kursus-kursus yang ditawarkan. Sesudah hampir tiga tahun usia penjenamaan semula daripada kolej universiti kepada universiti, dilihat berhasil memberi impak positif kepada masyarakat dan mahasiswa USIM sendiri.

Gelaran ‘universiti muda’ tidak lagi menjadi penghalang bagi mahasiswa USIM untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain dalam arena persaingan di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Pihak pengurusan tertinggi dan badan persatuan mahasiswa seperti Majlis Perwakilan Pelajar saling membantu dalam membina citra mahasiswa yang berani menyahut cabaran dan berdaya global.

Sehingga kini pelbagai langkah giat dijalankan dalam usaha memperkasakan kualiti mahasiswa sejajar dengan penjenamaan semula USIM, antaranya:

Kepelbagaian penganjuran aktiviti yang kompetetif dan bertaraf antarabangsa membuktikan USIM progresif dalam memantapkan tegaknya sebagai sebuah institusi ilmu yang terkehadapan.

Continue reading