TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MESRA PELAJAR

Nilai, 7 Mei 2009 – Warga USIM berbangga apabila menerima lawatan kerja dari YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang kini memegang Portfolio Hal Ehwal Pelajar. Kehadiran beliau disambut meriah oleh warga USIM terutamanya para mahasiswa.

Tujuan lawatan beliau ke USIM adalah untuk beramah mesra bersama mahasiswa USIM di samping meningkatkan kemesraan dan perkongsian maklumat di antara mahasiswa dan pihak pentadbir.

Dalam sesi ramah mesra YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah menekankan bahawa betapa perlunya masyarakat mengiktiraf mahasiswa sebagai pemimpin masa hadapan dan masa kini.

“Kita perlu mengiktiraf dan menerima hakikat bahawa mahasiswa adalah pemimpin hari ini yang boleh dikenali dalam tiga keadaan iaitu Pemimpin kepada angkatan yang lebih muda daripadanya, Pemimpin kepada mereka yang seangkatan dengannya dan sebagai Rakan Kepimpinan kepada Kerajaan”, kata beliau.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin. Dalam ucapannya beliau turut menekankan betapa pentingnya peranan mahasiswa dalam sesebuah Institusi Pengajian Tinggi.

“Mahasiswa adalah sebahagian dari universiti. Jilkalau salah satu daripada tiga elemen kurang iaitu Pentadbir, Akademia dan Pelajar, maka akan tempanglah sesebuah universiti itu”, tambah beliau.

Memetik dari ucapan Perdana Menteri Malaysia, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, beliau turut menambah “Kualiti mesti dimartabatkan”.

Turut diselitkan penyampaian sijil Bengkel Penulisan Kreatif kepada mahasiswa USIM dan pembentangan lirik yang bertemakan “One Malaysia” nukilan kreatif mahasiswa USIM.

Oleh :
pro@usim.edu.my

YDP MPP USIM bersalaman dengan YB Dato' Timbalan Menteri KPT

YDP MPP USIM bersalaman dengan YB Dato' Timbalan Menteri KPT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s