TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MESRA PELAJAR

Nilai, 7 Mei 2009 – Warga USIM berbangga apabila menerima lawatan kerja dari YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang kini memegang Portfolio Hal Ehwal Pelajar. Kehadiran beliau disambut meriah oleh warga USIM terutamanya para mahasiswa.

Tujuan lawatan beliau ke USIM adalah untuk beramah mesra bersama mahasiswa USIM di samping meningkatkan kemesraan dan perkongsian maklumat di antara mahasiswa dan pihak pentadbir.

Dalam sesi ramah mesra YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah menekankan bahawa betapa perlunya masyarakat mengiktiraf mahasiswa sebagai pemimpin masa hadapan dan masa kini.

“Kita perlu mengiktiraf dan menerima hakikat bahawa mahasiswa adalah pemimpin hari ini yang boleh dikenali dalam tiga keadaan iaitu Pemimpin kepada angkatan yang lebih muda daripadanya, Pemimpin kepada mereka yang seangkatan dengannya dan sebagai Rakan Kepimpinan kepada Kerajaan”, kata beliau.

Continue reading