Sehari sebelum praktikum di UPSI

Bismillah.

3 hari 2 malam, penulis bersama rakan-rakan di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Bermula petang hari jumaat hingga ke petang tadi. Penulis menghadiri Team Building MPP USIM Sesi 08/09 yang bertujuan menguatkan persefahaman dan dedikasi dikalangan MPP dan Ahli Jawatankuasa Kecil. Tahniah penulis ucapkan kepada saudara Mohd Najid Taha (NYDP 1 MPP USIM) selaku Pengarah program kali ini dan semua yang terlibat secara rasmi mahu pun underground. Tahniah!

4.30 petang tadi penulis tiba kolej kediaman. Terasa penat sangat. Semalam, seharian kami bermain air tasik yang dimaklumkan seluas 105 hektar. Tasik semula jadi. Diantara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah bagaimana Pegaga (group penulis) meneruskan survival di dalam semua acara yang dipertandingkan yang mana akhir menjuari Obstacles Run dengan catatan bawah 20 minit. Keanggotaan Pegaga seramai 12 orang, 4 lelaki dan bakinya perempuan.

Suasana tidur di khemah sememang meninggalkan kesan ukhwah yang mendalm dikalangan kami. Di dalam khemah beginilah kami dapat kenal siapa sebenar dikalangan kami ini. Tidur dlam keadaan bernyamuk bersama-sama, sejuk, panas, pasir dalam khemah dan lain-lain lagi (termasuk lintah).

Petang ketika sampai di kolej kediaman, penulis menjadi panic! Mana tidaknya. Barang-barang setahun di bilik belum lagi dikemas untuk dibawa balik dan disimpan di stor. Memang blur! Ikutkan hati, nak biarkan sahaja. “Cuba dulu, baru tahu”. Penulis monolog sekejap. Akhirnya, berjaya juga menyimpan hampir semua barang (simpan rumah sewa kawan). Cuma dua barang ditinggalkan, meja komputer dan tempat sangkut sejadah (terima kasih Afiq sebab tolong simpankan di stor kolej).

Sebelum Isyak penulis merancang untuk bergerak balik ke Perak. singgah sebentar di pejabat MPP untuk simpan komputer-komputer. Lebih selamat dan tidak menyusahkan orang lain. Terima kasih Najib sebab bagi pinjam kereta yang terbaik!

Perjalanan penulis dengan WSL 5030 (motorsikal) ke Perak memakan hampir 2 jam setengah. Perjalanan yang nyaman diwaktu malam. Perjalanan lebuhraya daripada Tol Nilai dan berakhir di Tol Rawang dan megambil jalan lama yang agak mencabar.

Tepat jam 11.30 malam, penulis sampai di sempadan Tanjung Malim, Hulu Bernam. Singgah makan bersama ayah, mak, atul dan adik. Sebenarnya, penulis telah dihubungi belum itu untuk makan bersama. Memang best! Mana tidaknya, sekian lama tidak balik dan hari pertama sampai dapat makan malam bersama ayah dan mak. Terharu! Still cover.

Kesimpulannya, perancangan perlu ada, jangan kelam kabut dan hargailah semua perkara yang sentiasa menghargai anda walaupun kita kadang-kadang tidak perasaan.

Esok dunia baru penulis. Berada dialam separa kerja, PRAKTIKUM! Yeah!

3 thoughts on “Sehari sebelum praktikum di UPSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s