Sehari sebelum praktikum di UPSI

Bismillah.

3 hari 2 malam, penulis bersama rakan-rakan di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Bermula petang hari jumaat hingga ke petang tadi. Penulis menghadiri Team Building MPP USIM Sesi 08/09 yang bertujuan menguatkan persefahaman dan dedikasi dikalangan MPP dan Ahli Jawatankuasa Kecil. Tahniah penulis ucapkan kepada saudara Mohd Najid Taha (NYDP 1 MPP USIM) selaku Pengarah program kali ini dan semua yang terlibat secara rasmi mahu pun underground. Tahniah!

4.30 petang tadi penulis tiba kolej kediaman. Terasa penat sangat. Semalam, seharian kami bermain air tasik yang dimaklumkan seluas 105 hektar. Tasik semula jadi. Diantara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah bagaimana Pegaga (group penulis) meneruskan survival di dalam semua acara yang dipertandingkan yang mana akhir menjuari Obstacles Run dengan catatan bawah 20 minit. Keanggotaan Pegaga seramai 12 orang, 4 lelaki dan bakinya perempuan.

Suasana tidur di khemah sememang meninggalkan kesan ukhwah yang mendalm dikalangan kami. Di dalam khemah beginilah kami dapat kenal siapa sebenar dikalangan kami ini. Tidur dlam keadaan bernyamuk bersama-sama, sejuk, panas, pasir dalam khemah dan lain-lain lagi (termasuk lintah).

Continue reading