Inginku Bertemu Manusia seperti ‘Sulaiman’

Kritikal dan kritis seperti Sulaiman

Kritikal dan kritis seperti Sulaiman

Bismillah.

Tika ini, hampir masuk solat Maghrib. Melayan internet, check email dan lain-lain. Terasa ingin berkongsi. Alhamdulillah, selesai bacaan saya tentang satu novel tulisan Faisal Tehrani. Menarik dan menakjubkan. Hampir tidak faham diawalnya.

Terima kasih Nizamuddin kerana beri saya pinjam novel dan peluang untuk membaca.

Sulaiman, Super Hero yang ditonjolkan dalam novel ini. Sungguh menarik karektor dalaman dan luarannya. Hanya seorang pemuda. Pemuda! Tajam akal dan paradigmanya.  Bijak berhujah, tepat memberi sumbangan idea dan yang paling penting beliau adalah Pengkritik Sosial yang berjaya dan semasa.

Fikiran ringkas saya, novel ini pertama, memberi anda nilai dan pengertian sebenar dan tepat pada semasa apa itu Hedoisme. Kedua, muhasabah diri ingin menjadi seperti Sulaiman. Orang muda, tidak takut soal perubahan dan ingin mencuba serta kritkal dan kritis. Ketiga, genggam istiqomah dan takut serta taqwa  akan Allah menjadikan beliau berjaya memenangi hati manusia mahupun alam jin secara keseluruhannya.

Buat kawan-kawan, percayalah. Anda akan dapat sesuatu daripada novel ini.

Terancang atau Spontan

Artikel mengenai Fergie bukan bermaksud saya menyokong kelab beliau, Machester United atau Red Devil atau MU atau apa-apalah.

Cuba anda hayati, bagaimana seorang manusia yang berasal daripada Scotland ini berfikir dan buat keputusan. Memberangsangkan bukan!

Kalau anda katakan David Beckham merupakan ‘anak emas’ MU suatu masa dahulu, namun lihat bagaimana Fergie ‘membuangnya’ dengan begitu mudah. Ini satu keputusan yang gila. David Beckham merupakan seorang pemain yang mempunyai ‘kaki yang ajaib’. Setahu saya, sejak kecil David mula berlatih dan terus berlatih menendang bola masuk ke dalam lubang tayar yang digantung dipokok. Anda bayangkan jika puluhan, ribuan kali diulangi ‘perangai’ menendang, tidak mustahil dia mencipta nama sekarang. Rakyat Jepun sanggup membina tugu berupa David untuk dipuja disana.

Namun, sayang seribu sayang, pintas lagi bijak ‘kepala otak’ Fergie ini.

Awal pagi akan menyaksikan pertembungan antara Eropah dengan Inggeris. MU dan Barca. Bola hanya sebiji dan dua tiang gol. Percayalah, suatu aksi bakal dipersembahkan sewaktu pertembungan ini berlaku. Mungkin berita jam 1.30 petang di TV3 tadi mengembirakan penyokong MU kerana Ferdinand bakal turun sama beraksi. Tidak semudah yang disangka Barca mudah dijinakkan oleh ‘Syaitan Merah’ ini.

Apa-apa pun, kedua-keduan kelab bakal mencipta sejarah. Amatilah perlawanan ini bukan hanya semata-mata bagaimana mereka menyumbat bola ke dalam gawang. Lihat bagaimana keseluruhan mereka yang ada disitu berfikir dan reaksi terancang atau spontan untuk membina keberanian dan keputusan.

Barca mampu menolak hasutan ‘Syaitan Merah’.

Berani dan Bijak Seperti Fergie

Siapa hebat?

Siapa hebat?

Agak keterlaluan jika dikatakan Alex Ferguson tidak pernah membuat sebarang keputusan yang silap sepanjang kariernya.

Namun apa yang menarik, banyak keputusan sukar yang dilakukan pengurus Manchester United paling berjaya itu membuahkan hasil memberangsangkan.

Buktinya 11 kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan yang terbaru diraih Sabtu lalu selepas seri tanpa jaringan menentang musuh tradisi, Arsenal serta 21 trofi lain yang dibawa ke Old Trafford sejak mengambil alih pucuk pimpinan kelab itu pada 1986.

Berikut adalah beberapa keputusan berani dan tegas diambil pengurus berbangsa Scotland itu yang nyata berbaloi buatnya dan Manchester United secara keseluruhannya.

 

Continue reading

Tamhidi USIM, Menakjubkan!

Tamhidi USIM

Tamhidi USIM

Bismillah.

Mula kalam, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan, Welcome kepada semua siswa baru Tamhidi USIM. Tahniah! Anda memilih dan dipilih serta terpilih berada dilaman, taman, kebun ilmu Universiti Sains Islam Malaysia.

Tentunya ibubapa gembira dengan pencapaian anda semua berpijak ke menara gading. Walaupun si Ayah tidak menitiskan air mata, sekurang-kurangnya, dia berasa bangga. Begitu juga ibu.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang berkorban masa dan tenaga menyambut kehadiran adik-adik baru ini. Insha-Allah, pertemuan pertama kalian mampu memberi sinar dan pandangan pertama yang terbaik untuk adik-adik ini.

Info saya terima, kebanyakkan daripada adik-adik semua merupakan mereka yang excelllent. Hampir kesemuanya mempunyai keputusan yang sangat cemerlang. Ini petunjuk USIM bakal mengubah persepsi songsang yang berlaku.

Bangkitlah dari lena manja itu

Bangkitlah dari lena manja itu

Ingatlah adik-adik, anda harapan semua pihak. Baik adik-adik, baiklah semua. Begitu juga sebaliknya. Nasihat saya, rancanglah kejayaan adik-adik di USIM ini kerana adik-adik mampu memperolehinya.

Tiada yang mustahil bagi kita (pengajian Agama) ini untuk mengubah dunia! Bangkitlah daripada selimut manja itu. Sirah menunjukkan bahawa walaupun Rasulullah SAW dijamin ke syurga tetapi baginda memilih jua jalan yang susah dalam berjuang. Inilah sirah yang perlu kita amati.

Semoga adik-adik mampu menjadi qudwah al-hasanah suatu hari nanti.

Nota di Sisi Monitor Kerja

Sebelum tiba tujuh perkara.

Daripada Abu Hurairah Rasulullah SAW bersabda: Beramallah sebelum tujuh perkara; tiada yang kamu tunggu melainkan miskin melarat, atau kaya yang merosakkan, atau sakit tenat, atau tua nyanyuk, atau mati mengejut, atau dajal, maka ianya adalah sejahat-jahat perkara ghaib yang ditunggu, atau qiamat maka ianya adalah lebih dahsyat dan heat lagi. (Riwayat Tarmizi)

Pengertian.

Dalam hadith ini, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlumba-lumba mengerjakan amal ibadat sebelum tujuh perkara yang merupakan halangan besar di hadapan seseorang, sama ada ia ditimpa kemiskinan atau kekayaan yang akan membinasakannya, atau kesakitan, kematian, dajal dan lain-lain. Perkara tersebut akan menghalangnya dari melakukan amal kebajikan.

Kesimpulan.

Bersegeralah mengerjakan amal ibadat janganlah membuang masa dengan sia-sia dan percuma. Isikanlah kehidupan dengan amal soleh sebelum tiba halangan dan rintangan.

Selamat beramal.