Peranan wanita dan lelaki sebagai perawi hadis sama penting

Berita Harian, April 17, 2009 (Jumaat). Ruangan Agama.

Oleh Hasliza Hassan

SUMBANGAN perawi dan ahli hadis wanita dalam pengajaran serta penyebaran ilmu hadis tidak boleh dinafikan kerana selain menjadi rujukan, mereka antara yang bertanggungjawab mengajar ahli hadis lelaki yang terkenal.

Perkara itu dijelaskan Felo Penyelidik Pusat Pengajian Islam Oxford, Dr Muhammad Akram Nadwi, ketika menyampaikan ceramah umum bertajuk Peranan Wanita dalam Gerakan Hadis di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, penekanan yang ingin dibuat ialah dalam pengembangan ilmu hadis, keutamaan diberi kepada siapa yang mempunyai bukti kuat bukan siapa yang meriwayatkan hadis itu lelaki atau wanita kerana kedua-duanya boleh menjadi perawi dan ahli hadis.

Ummu Darda’ banyak mengadakan kelas pengajian di masjid di Damsyik untuk wanita Islam ketika itu dan apabila berita itu sampai ke pengetahuan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, beliau juga ingin mengikuti kelas pengajian itu. Ia satu contoh kerana ramai lagi yang seperti Ummu Darda’,” katanya.

Satu lagi perkara menarik dikongsi Dr Muhammad Akram kepada peserta ialah perawi atau ahli hadis wanita tidak ada yang memalsukan hadis Rasulullah SAW tetapi ada perawi dan ahli hadis lelaki yang mereka hadis palsu.

Beliau yang menghasilkan buku Al-Muhaddithat � The Women Scholar In Islam berkata, buku yang dihasilkan selama 10 tahun mengenai perawi dan ahli hadis wanita bertujuan menggalakkan wanita mendalami ilmu hadis, selain mengubah persepsi terhadap wanita. Katanya, tidak dinafikan masih ada pihak atau masyarakat di negara Islam sendiri yang masih memandang wanita sebagai warga kelas kedua sedangkan katanya Islam memperakui kelebihan yang ada pada golongan itu.

“Seperti yang saya tonjolkan dalam buku lengkap mengenai biografi perawi hadis wanita membuktikan wanita bergiat mengembangkan ilmu hadis dan berdasarkan kajian saya ada lebih 1,000 wanita yang meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW. Jumlahnya mungkin lebih,” katanya.

Satu lagi contoh yang diberikan Dr Muhammad Akram bagi membuktikan bahawa wanita mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam ialah kisah proses penulisan al-Quran apabila Uthman meminta salinan yang disimpan anak perempuan Umar, Hafsah yang diterima daripada Abu Bakar.

Beliau berkata, jika orang Islam tidak percaya kepada wanita mereka boleh mempersoalkan salinan yang ada pada Hafsah yang mungkin sudah dibuat perubahan tetapi tidak ada soalan itu dan semua membaca al-Quran yang diambil daripada salinan dalam simpanan Hafsah.

Al-Muhaddithat � The Women Scholar In Islam adalah buku pengenalan mengandungi ringkasan dalam bahasa Inggeris mengenai karya Dr Muhammad Akram dan penyelidikan hingga terhasilnya buku perawi wanita sebanyak 40 jilid.

Buku itu turut menceritakan mengenai kepentingan ilmu kepada lelaki dan wanita dalam Islam di mana Islam menyediakan peluang sama untuk mereka menuntut ilmu, berinteraksi dalam pembelajaran sama ada di madrasah, masjid atau rumah.

Bagaimanapun, Dr Muhammad Akram tidak menafikan tafsiran hadis boleh berbeza antara perawi lelaki dan wanita, dan penilaian akan diberi kepada siapa memiliki bukti yang kuat tidak kira perawi lelaki atau wanita.

Katanya, dalam bidang hadis, kualiti dilihat sama ada perawi itu seorang yang alim, jujur dan mempunyai ingatan kuat serta tiada kesalahan dikesan daripada hadis diriwayatkan.

Menjawab persoalan apakah usahanya itu akan mengubah peranan wanita dalam bidang ilmu hadis hari ini, beliau berkata, wanita di United Kingdom kini sudah ramai berminat mendalami bidang itu dan hingga kini masih ada perawi hadis wanita yang mengajar ilmu itu.

Malah, ilmu hadis juga luas mencakupi bab muamalah, isu kekeluargaan, perkahwinan dan perceraian serta ibadah harian yang dijelaskan secara terperinci berdasarkan fahaman serta hasil perbincangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s