Pesta Buku dan Low Yat: Satu Perjalanan

April 18, 2009 (Sabtu). Selewat hampir 3 petang aku keluar dengan Ustaz Muzakkir ke Kuala Lumpur (KL). Rasa macam terkurung minda bila ‘memerap’ di dalam bilik. Planning asal nak survey something di Pesta Buku Antarabangsa 2009 KL. Perjalanan selama hampir 1 jam dari Nilai ke PWTC memang mengasyikan. Mana tidaknya, Ustaz Muzakkir boleh menyambung ‘Online’ dia dengan memejam mata. Sungguh ajaib! Satu lagi, suka dan rasa pelik bila lihat gelagat ‘manusia’ diluar kampus. Memang berbeza. Sama ada terkesan dengan perkembangan tamadun moden atau buat-buat terkesan. Tepuk dada tanyalah diri.

Jam menunjukkan hampir waktu solat Asar. Kami sudah pun tiba di PWTC. Wah! Memang ramai. Alhamdulillah, perkembangan yang sangat baik. Sebab apa, individu dan keluarga mempunyai minat yang sangat baik mengenai soal ‘buku’. Selepas sahaja selesai solat Asar, kami pun bermula operasi kedua (operasi pertama sebelum solat Asar, sempat lagi muqaddimah ziarah booth di PWTC). Memang rambang mata. Ikutkan hati memang nak beli semua buku yang ada. Biar bilik jadi macam mini library pun tak mengapa. “Muzakkir, kita survey je hari ni, ok?”. Aku tanya dengan Ustaz Muzakkir yang juga rambang mata. “Ok..”. Sapa Ustaz Muzakkir. Bagus sebenarnya dia ini, senang nak ‘kacip’ (bahasa kelantan).

Hampir setiap floor di PWTC kamu pusing. Memang banyak betul buku. Cuma, menjadi fokus adalah di booth PTS. Memang havoc. Macam-macam ada! Aku dah pun mengenal pasti beberapa buku yang menarik antaranya mengenai Presiden Iran. Aku memang mencari buku-buku mengenai tokoh-tokoh. Sedikit sebanyak aku boleh mempelajari sesuatu. Antara buku lain,  ‘Hidup Bahagia Dengan Poligami’ oleh Basri Ibrahim. Memang macam menarik. Kalau ‘kamu’ nak bahagialah. Jangan salah faham.

Setelah selesai jalan-jalan cari buku di PWTC, kami terus ke Low Yat. Perjalanan PWTC-KL Central-Imbi (Low Yat). Actually, kami isi ruang perut dulu Food Court di KL Central lepas selesai solat Maghrib. Just RM5.50, nasi putih, ayam kari, budu dan kicap. Sedap! Tiba sahaja di Low Yat, kami terus ke tingkat 3. Saja survey handphone. PDAs. Tak jumpa. Ada, tapi macam mahal. At last, kami beli pendrive 2GB, RM21.00 (kalau tak silap). Murah ke? Haha.

cf-0011Kaki dah penat. Plan terus nak balik Nilai. Macam biasa, hujung minggu. Ada events besar pula di KL. So, komuter dah macam ikan sadin. Nasib baik pipi tak melekat kat cermin pintu komuter. Kami pun dah macam ikan sadin juga. Tapi, alhamdulillah. ‘Ikan sadin’ yang berkualiti sebab tak ramai orang. Kebetulan yang baik. Tepat jam 11 malam kami sampai di Nilai. Sebelum balik hostel, singgah dulu As-Salam.

Moralnya, sebelum nak buat apa-apa MESTI kena merancang. Mesti sangat. Kalau tak, blur! Kedua, elakkan diri menjadi ‘ikan sadin’. Pilihlah waktu yang paling sesuai. Terutama pesanan ini untuk muslimah atau wanita. Last, teruskan budaya membeli dan membaca buku supaya otak kita senantiasa ‘berjalan’. Aku memang seronok kalau ada keluarga yang bawa anak-beranak mengenali ‘budaya’ ilmu begini. Tapi jangan tertinggal anak sudahlah di pesta itu. Lain pula ceritanya. Allahu a’lam. Jom turun ke Pesta Buku Antarabangsa 2009 KL, sehingga April 26, 2009 di PWTC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s