Nilam Court ke Dimash: Pengalaman di Dubai

Bismillah.

Salah satu ruangan di lapangan terbang Dubai

Salah satu ruangan di lapangan terbang Dubai

Setibanya kami di lapangan terbang Dubai, ketika itu subuh. Suhu memang terasa bahang panasnya. Untuk pengetahuan semua, lapangan terbang ini seolah-olah berada ditengah-tengah padang pasir. Memang panas. Bayangkan, kalau waktu subuh pun terasa panas apatah lagi masa-masa yang lain. Kami mencari ruangan solat. Hampir kesemua bahagian di lapangan terbang tersebut kami pusing. Akhir jumpa jua.

Panasnya air, boleh buat cofffee.

Ketika kami nak menunaikan solat Subuh, ruangan untuk mengambil wudu’ berada di dalam salah satu musolla. Bayangkanlah air untuk berwudu’ memang cukup panas. Sampaikan tak sanggup sedikit pun disapu dimuka. “Wah, panas gila air ni..”. Yang hairannya, pak Arab yang lain selamba ‘badak’. Mungkin dia orang dah biasa. Nak tak nak, kena guna juga air ini. Macam ‘spa’ muka aku dibuatnya. Hampir semua punca air disana memang mengeluarkan air panas. Bayangkan kalau nak ke ‘tandas’. Satu ‘penindasan’.

Makan free.

Setelah selesai solat, kami pun berjalan-jalan di lapangan terbang Dubai. Pertama nak cari makan. Memang susah nak cari. Mana nak ada nasi goreng kampung telur mata kerbau kat Dubai. Telur rebus mungkin ada kalau rendam dengan air tadi. Haha. Makanan pertama yang kami orang jamah masa itu, McD (kalau tak silap), tak pun KFC. Tapi, ala-ala Dubai lah. Izzat tiba-tiba bertanya, “wei, aku tak nampak pun orang Dubai (citizen) kat sini. Semua macam ‘import’ je..”. Aku dan Fareed tak ada jawapan nak bagi. Lagi pun kami orang pun bukan orang Dubai. Hehe. Setelah selesai makan, kami sambung lagi jalan-jalan. Sampailah disatu tempat yang mana pihak Emirates menyediakan makanan free kepada penumpang kalau transit melebihi 8 jam ke atas (kalau tak silap). Menyesal pula keluar duit tadi. Dah lah mahal, bayangkan RM50.00 kita hampir sama kalau tukar ke wang Dubai. Dalam 49.99. Memang tak berbaloi. Cerita ditempat makanan free ni, memang banyak sangat makanan. Boleh pilih dan makan banyak mana. Yang ini baru berbaloi.

Suasana di lapangan terbang Dubai

Dubai ini kalau istilah mudahnya, ‘Syurga Negara Arab’. Burj yang tersergam indah itu pun dah menelan puluhan atau ribuan. Suasana di lapangan terbang memang berbeza sangat dengan KLIA. Kalau di KLIA kita tak dapat lihat sekumpulan manusia ‘baring’ dikaki lima lapangan terbang, di Dubai ada. Malahan ramai. Dah macam satu family buat kelah di tepi sungai. Boleh kita bahagikan pula kumpulan-kumpulan ini. Memang terkejut. Bukan itu sahaja, kita boleh lihat juga sekumpulan manusia yang ‘berjemaah’ beraturnya apabila nak kemana-mana. Memang penuh dengan nilai intergiti.

Penerbangan Dubai ke Dimash

Ketika berada di dalam kapal terbang ke Dimash. Satu perkara yang aku tak dapat lupa sampai sekarang. Berbahasa melayu di dalam kapal terbang bersama paramugara Emirates. “Excuse me sir, where is my seat. This my number.” Aku menyapa seorang paramugara. Lantas dia menyapa, “saya malaysian juga. Tempat duduk disana”. Wah, segan aku dibuatnya. Mana aku nak tahu yang ‘mamat ini melayu. Tengok macam bukan melayu. Ketika di dalam penerbangan, seronok melihat gelagat manusia. Pak Arab, faham-faham lah. Kapal terbang macam naik kereta. Kecoh. Ada yang amalkan solat di dalam penerbangan. Betapa luasnya amal Islam yang kita boleh buat di dunia ini.

Setibanya kami di lapangan terbang Dimash, kami disambut oleh wakil Persatuan Pelajar Malaysia Syiria. Mus’ab dan Shahrul.  Dimash ibu negara bagi Syiria. Pengalaman kena ‘buli’ dengan imegrisen Syiria memang tak boleh dilupa. Bersambung.

One thought on “Nilam Court ke Dimash: Pengalaman di Dubai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s