Nilam Court ke Dimash: Pengalaman di Dubai

Bismillah.

Salah satu ruangan di lapangan terbang Dubai

Salah satu ruangan di lapangan terbang Dubai

Setibanya kami di lapangan terbang Dubai, ketika itu subuh. Suhu memang terasa bahang panasnya. Untuk pengetahuan semua, lapangan terbang ini seolah-olah berada ditengah-tengah padang pasir. Memang panas. Bayangkan, kalau waktu subuh pun terasa panas apatah lagi masa-masa yang lain. Kami mencari ruangan solat. Hampir kesemua bahagian di lapangan terbang tersebut kami pusing. Akhir jumpa jua.

Panasnya air, boleh buat cofffee.

Ketika kami nak menunaikan solat Subuh, ruangan untuk mengambil wudu’ berada di dalam salah satu musolla. Bayangkanlah air untuk berwudu’ memang cukup panas. Sampaikan tak sanggup sedikit pun disapu dimuka. “Wah, panas gila air ni..”. Yang hairannya, pak Arab yang lain selamba ‘badak’. Mungkin dia orang dah biasa. Nak tak nak, kena guna juga air ini. Macam ‘spa’ muka aku dibuatnya. Hampir semua punca air disana memang mengeluarkan air panas. Bayangkan kalau nak ke ‘tandas’. Satu ‘penindasan’.

Continue reading

Pesta Buku dan Low Yat: Satu Perjalanan

April 18, 2009 (Sabtu). Selewat hampir 3 petang aku keluar dengan Ustaz Muzakkir ke Kuala Lumpur (KL). Rasa macam terkurung minda bila ‘memerap’ di dalam bilik. Planning asal nak survey something di Pesta Buku Antarabangsa 2009 KL. Perjalanan selama hampir 1 jam dari Nilai ke PWTC memang mengasyikan. Mana tidaknya, Ustaz Muzakkir boleh menyambung ‘Online’ dia dengan memejam mata. Sungguh ajaib! Satu lagi, suka dan rasa pelik bila lihat gelagat ‘manusia’ diluar kampus. Memang berbeza. Sama ada terkesan dengan perkembangan tamadun moden atau buat-buat terkesan. Tepuk dada tanyalah diri.

Jam menunjukkan hampir waktu solat Asar. Kami sudah pun tiba di PWTC. Wah! Memang ramai. Alhamdulillah, perkembangan yang sangat baik. Sebab apa, individu dan keluarga mempunyai minat yang sangat baik mengenai soal ‘buku’. Selepas sahaja selesai solat Asar, kami pun bermula operasi kedua (operasi pertama sebelum solat Asar, sempat lagi muqaddimah ziarah booth di PWTC). Memang rambang mata. Ikutkan hati memang nak beli semua buku yang ada. Biar bilik jadi macam mini library pun tak mengapa. “Muzakkir, kita survey je hari ni, ok?”. Aku tanya dengan Ustaz Muzakkir yang juga rambang mata. “Ok..”. Sapa Ustaz Muzakkir. Bagus sebenarnya dia ini, senang nak ‘kacip’ (bahasa kelantan).

Continue reading