Nilam Court ke Dimash: Muqaddimah

Bendara Syiria

Bendara Syiria

Bismillah. 2007, aku,Izzat dan Fareed berjaya mengikuti Program Intensif Bahasa Arab di Syiria selama hampir 3 bulan. Kisahnya, ternampak iklan tawaran di papan iklan fakulti. Hasil teguran seorang kawan. Sebelum berjaya, 2 sesi peperiksaan dilalui. Pertama, ujian bertulis (karangan bahasa arab lebih daripada 2 kalau tak silap) dan ujian lisan. Ingat lagi, sesi temuduga dalam kumpulan. Dalam kumpulan masa itu, aku, Izzat, Fareed,Hafiz dan Husniyah. Tajuk perbincangan ‘Pengebom Berani Mati’. Memang ‘blur’ asalnya. Tapi alhamdulillah boleh juga bagi sikit idea. Selesai semua ujian ini, dapatlah tawaran. Mula-mula macam tak percaya.

Jadual penerbangan betul-betul beberapa hari selepas habis musim peperiksaan. Memang macam kelam kabut juga. Parent dapat hantar sampai Kolej Kediaman (masa itu di Nilam Court). Sebabnya selang beberapa hari parent nak settle tentang persekolahan adik-adik ketika itu. Keesokan hari, aku bertolak ke KLIA dengan kenderaan universiti (Proton Waja). Masa itu, Encik Amran driver. First time kenal dengan Encik Amran. Cik Rohimah pun follow sekali dengan kenderaan universiti ini. Sampai di KLIA, terharu pun ada. Izzat dan Fareed dah standby dengan ahli keluarga. Aku? Aku nasib baik ada kawan-kawan datang, Hanis,Mahmud dan ada lagi. Tak ingalah. Sorry.

Timing penerbangan nak sampai. Aku ini dah lah first nak naik kapal terbang. Apa lagi, control macho lah. Buat macam dah beribu kali naik. Yang paling adventure, kami terbang ke Syiria yang jauh itu tanpa seorang pegawai uiversiti. Macam jalan-jalan dari Nilai ke Seremban. Haha. Masa sebelum nak pijak laluan ke kapal terbang, masa itulah last connecting by handphone boleh buat. Lepas itu, memang off sampai di Syiria.

Fareed, Izzat dan Aku

Fareed, Izzat dan Aku di hadapan Universiti Dimash

Ketika dalam penerbangan, macam-macam perangai dan pengalaman aku dapat. Lagi-lagi dengan perangai manusia yang ada dalam kapal terbang itu (Emerates). Yang kelakarnya, kasihan tengok Izzat sebab tersepit. Mungkin tempat duduk di dalam kapal terbang perlu diubah suai mengikut kesesuaian saiz. Jangan marah Izzat. Untuk kebaikan sejagat. Penerbangan kami singgah di Airport of Dubai. Durasi perjalanan dari KL ke Dubai dalam 8 atau 9 jam lebih. Sampai saja di Dubai, kami dah mula confius. Lagi-lagi tentang timing. Memang berbeza sangat. Masa bertolak dari KL around time Isyak, di Dubai tak dapat nak pasti. Sama ada dah habis Isyak atau baru nak masuk subuh. Atau pun dan masuk hari yang selanjutnya. Memang confius.

Pengalaman di Airport of Dubai memang melucukan dan suatu pengahayatan. Bersambung.

2 thoughts on “Nilam Court ke Dimash: Muqaddimah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s