Pilihan dan Memberi Pilihan

Please! Don't make me confused.

Please! Don't make me confused.

Bismillah

Hari ini saya dalam minggu peperiksaan. 13 April 2009 merupakan paper pertama saya kali ini. Ketika ini, saya di hostel yang mana tertanya-tanya bila nak mulakan ulang kaji. “bila aku nak start study ni?”. Inilah antara monolog dalaman, lagi-lagi seminggu sebelum exam. Ketika ini juga saya berkesempatan editing blog ini supaya kelihatan lebih bernyawa dan bertenaga. Tercari-cari juga, mementingkan feature atau isi kandungan blog?. “Aku ni asyik edit blog je, tengok yang berubah design je. Bila isi nak jadi manatap ni?”. Monolog lagi.

Petang ini dijadualkan ada satu mesyuarat mengenai taklimat keselamatan (maybe) daripada pihak Bomba. Jadi, hadir sebagai wakil pelajar. Teringat masa mengambil kursus kokurikulum Bomba dulu. Capling lah, main tali getah dan macam-macam lagi. Petang ini tak mungkin ada aktiviti macam itu sebab pertemuan dalam bilik mesyuarat sahaja.

Ok, berbalik kepada tajuk blog kali ini iaitu Analisa. Apa yang nak dianalisa? Siapa nak kena analisa? Macam mana nak buat analisa? Sebenarnya saya terfikir tentang sesuatu perkara yang dulu dianggap ‘tidak boleh’ tetapi sekarang menjadi ‘boleh’ disebabkan amalan atau tabiat semasa. Sebagai permulaan contoh, study last minute. Kita menganggap isu ini biasa. Dahulunya merupakan isu yang ‘cacat’ kepada planning sesuatu perkara oleh pelajar. Namun, hari ini saya melihat isu ini menjadi kebiasaaan kepada hampir semua pelajar terutama di menara gading. Apakah amalan sebegini mampu melahirkan generasi yang matang dan berpengetahuan kelak? Ye, mungkin alasannya adalah kesibukan mengikuti aktiviti-aktivit di universiti menyebabkan kekurangan masa atau sebaliknya.

Kedua, isu budaya dan kesenian. “Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah. Hanya apabila ‘salah memilihnya’, membuat kita jadi merana.. -Raihan”. Tidak menjadi kesalahan dan dosa untuk minat  di dalam budaya dan kesenian. Cuma nafsu memilih dan nafsu memberi audience memilih perlulah ikhlas lagi tepat berlandaskan aturan Ilahi. Halal tetap halal, haram tetap haram. Tiada percampuran antara keduanya dan matlamat juga tidak dapat menghalalkan cara. Sesuatu pilihan atau memberi pilihan ini bukan hanya semata-mata menggunakan keputusan makhluk. Ianya mestilah mengikut keputusan sang Pencipta makhluk tersebut, yakni Allah swt. Tanamkanlah ‘rasa berdosa’ bukan ‘rasa gembira’ di dalam memberi atau membuat pilihan mengenai isu ini. Walaupun perbincangan ini seperti ‘berada dipermukaan lautan’, namun dapat difahami bersama.

Marilah kita secara bersama mengurang kekeliruan pilihan ini supaya dapat mengelak menjadi sesuatu tabiat atau amalan yang tidak baik nanti. Panduilah pilihan ini dengan dustur Ilahi. Biarlah segala modernisasi budaya dan kesenian masa ini mengikut mukjizat Ilahi yang abadi. Moga kita tidak menjadi umat yang keliru. Amiin. Waallahu a’lam.

3 thoughts on “Pilihan dan Memberi Pilihan

  1. kami tahu gak pasal ulasan encik alif dalam kosmo tu. jangan risau, org yang ak berfikiran creative sahaja akan salah faham tentang ulasan encik tu..

    aih rugilah yang salah faham tu.. rugi sebab penat belajar creatice thinking and problem solution tapi tak guna.,,.

    hu.hu

  2. Ws. Tq memahami. Ttg isu dlm KOSMO! tu saya belum lagi nak buat penjelasan dalam blog. Tunggu masa sesuai. All the best your exam, Fatimah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s