Pisang dan Hati

Bismillah.

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Continue reading

Travelog MRMM

Bismillah.

“Akak, apa maksud travelog ni?”. Aku menyapa seorang staff di booth PTS semasa mengunjung Pesta Buku Antarabangsa 2009 di PWTC. “Travelog ini maksudnya suatu perjalanan, contoh buku ini. Hah, perjalanan penulis buku mengenai tajuk buku ini.” Akak tadi menjawab dengan ringkas dan cukup mudah difahami sambil mengambil contoh buku mengenai Travelog Dakwah Meniti Hari Esok oleh Muhd Kamil Ibrahim. Terima kasih kerna memberi kefahamantadi.

Majlis Ramah Mesra Mahasiswa atau MRMM ini merupakan roadshow badan pelajar (MPP) ke Kolej-Kolej Kediaman. Bermula Kolej Kediaman di Bandar Baru Nilai ini sehinggalah ke Kolej Kediaman di Kampus Kota Raya.

Objektifnya tetap sama seperti yang sebelum. Cuma pendekatan kemungkinan sedikit berbeza walaupun tidak banyak. Sebagai orang nombor satu dalam badan pelajar ini, kualiti terhadap proses input dan pengeluaran output menjadi agenda fokus saya kali ini dan juga kawan-kawan exco.

Di Kolej-Kolej Kediaman sekitar berdekatan kampus induk, secara tuntasnya menyatakan hasrat untuk melihat mengenai pengurusan atau penawaran jam kredit yang ‘terlalu’ banyak menyebabkan beban kepada pelajar. Side effect, menyebabkan pelajar ‘kurang aktif’ dalam aktiviti kokurikulum kerna sibuk dengan jadual dan tugasan akademik. Antara lainnya, keperluan pelajar yang mahu soal keselamatan semasa keberadaan di kawasan Kolej Kediaman (Acacia Aveneu) dipertingkatkan. Sama ada penambahan pengawal keselamatan, kekerapan rondaan, menyegerakan sistem access door dan sebagainya. Tambahan, pelajar lelaki mahu keselesaan dan keselamatan tempat meletakan kenderaan seperti motor haruslah dipertingkatkan juga. Tidak mahu lagi melihat ‘kehilangan’ motor didepan mata kepala sendiri.

Lain pula keadaan di Kolej Kediaman Kota Raya. Keadaan yang agak selesa walaupun tidak diminta (penawaran dalam pakej), rupa-rupanya masih ada lagi perkara yang perlu diambil perhatian oleh badan pelajar ini. Kita memahami dengan keadaan ekonomi di Kota Raya, tambahan pula dengan kepadatan jadual akademik dan sangat berbeza dengan pelajar di Bandar Baru Nilai sehingga urusan kendiri tidak dapat dilakukan dengan baik. Contohnya, apakah salahnya pelajar di sini mempunyai ruangan washing machine seperti Kolej-Kolej di sana.

Cukup berbeza isu yang terjadi berdasar iklim kehidupan di Kolej Kediaman ini.

Teringat pertanyaan terakhir salah seoarang pelajar di dalam Travelog MRMM ini. “Saya nak bertanya dengan saudara YDP. Setelah banyak persoalan yang cuba kami timbulkan ini, apakah jaminan daripada saudara bagi memastikan beberapa perkara ini dapat diselesaikan?”. Terkedu juga. “Kekuatan saya hanya bergantung dengan Allah SWT dan pertolongan serta sokongan rakan-rakan semua. Saya dan kawan-kawan exco tidak mahu berjanji. Cuma, kami akan cuba sedaya upaya memastikan perkara-perkara ini dapat diselesaikan dengan sehabis baik. Doakan kami”. Aku cuba menjawab.

Terima kasih kepada semua. Moga-moga apa yang kita inginkan ini yang mana hanya semata-mata mahu melihat sedikit perubahan terutamnya soal kebajikan dapat ditangani dengan baik dan pertolongan daripada Sang Pencipta, Allah SWT. Kami akan cuba sedaya upaya usaha, tenaga, pengetahuan membantu kawan-kawan pelajar berada dalam keadaan baik di kampus tercinta.

Doakan kami, amiin. Terima kasih sekali lagi. Kunjungilah website sementara di http://mppusim0809.wordpress.com Allahu a’lam.

Peranan wanita dan lelaki sebagai perawi hadis sama penting

Berita Harian, April 17, 2009 (Jumaat). Ruangan Agama.

Oleh Hasliza Hassan

SUMBANGAN perawi dan ahli hadis wanita dalam pengajaran serta penyebaran ilmu hadis tidak boleh dinafikan kerana selain menjadi rujukan, mereka antara yang bertanggungjawab mengajar ahli hadis lelaki yang terkenal.

Perkara itu dijelaskan Felo Penyelidik Pusat Pengajian Islam Oxford, Dr Muhammad Akram Nadwi, ketika menyampaikan ceramah umum bertajuk Peranan Wanita dalam Gerakan Hadis di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, penekanan yang ingin dibuat ialah dalam pengembangan ilmu hadis, keutamaan diberi kepada siapa yang mempunyai bukti kuat bukan siapa yang meriwayatkan hadis itu lelaki atau wanita kerana kedua-duanya boleh menjadi perawi dan ahli hadis.

Ummu Darda’ banyak mengadakan kelas pengajian di masjid di Damsyik untuk wanita Islam ketika itu dan apabila berita itu sampai ke pengetahuan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, beliau juga ingin mengikuti kelas pengajian itu. Ia satu contoh kerana ramai lagi yang seperti Ummu Darda’,” katanya.

Continue reading

Nilam Court ke Dimash: Pengalaman di Dubai

Bismillah.

Salah satu ruangan di lapangan terbang Dubai

Salah satu ruangan di lapangan terbang Dubai

Setibanya kami di lapangan terbang Dubai, ketika itu subuh. Suhu memang terasa bahang panasnya. Untuk pengetahuan semua, lapangan terbang ini seolah-olah berada ditengah-tengah padang pasir. Memang panas. Bayangkan, kalau waktu subuh pun terasa panas apatah lagi masa-masa yang lain. Kami mencari ruangan solat. Hampir kesemua bahagian di lapangan terbang tersebut kami pusing. Akhir jumpa jua.

Panasnya air, boleh buat cofffee.

Ketika kami nak menunaikan solat Subuh, ruangan untuk mengambil wudu’ berada di dalam salah satu musolla. Bayangkanlah air untuk berwudu’ memang cukup panas. Sampaikan tak sanggup sedikit pun disapu dimuka. “Wah, panas gila air ni..”. Yang hairannya, pak Arab yang lain selamba ‘badak’. Mungkin dia orang dah biasa. Nak tak nak, kena guna juga air ini. Macam ‘spa’ muka aku dibuatnya. Hampir semua punca air disana memang mengeluarkan air panas. Bayangkan kalau nak ke ‘tandas’. Satu ‘penindasan’.

Continue reading

Pesta Buku dan Low Yat: Satu Perjalanan

April 18, 2009 (Sabtu). Selewat hampir 3 petang aku keluar dengan Ustaz Muzakkir ke Kuala Lumpur (KL). Rasa macam terkurung minda bila ‘memerap’ di dalam bilik. Planning asal nak survey something di Pesta Buku Antarabangsa 2009 KL. Perjalanan selama hampir 1 jam dari Nilai ke PWTC memang mengasyikan. Mana tidaknya, Ustaz Muzakkir boleh menyambung ‘Online’ dia dengan memejam mata. Sungguh ajaib! Satu lagi, suka dan rasa pelik bila lihat gelagat ‘manusia’ diluar kampus. Memang berbeza. Sama ada terkesan dengan perkembangan tamadun moden atau buat-buat terkesan. Tepuk dada tanyalah diri.

Jam menunjukkan hampir waktu solat Asar. Kami sudah pun tiba di PWTC. Wah! Memang ramai. Alhamdulillah, perkembangan yang sangat baik. Sebab apa, individu dan keluarga mempunyai minat yang sangat baik mengenai soal ‘buku’. Selepas sahaja selesai solat Asar, kami pun bermula operasi kedua (operasi pertama sebelum solat Asar, sempat lagi muqaddimah ziarah booth di PWTC). Memang rambang mata. Ikutkan hati memang nak beli semua buku yang ada. Biar bilik jadi macam mini library pun tak mengapa. “Muzakkir, kita survey je hari ni, ok?”. Aku tanya dengan Ustaz Muzakkir yang juga rambang mata. “Ok..”. Sapa Ustaz Muzakkir. Bagus sebenarnya dia ini, senang nak ‘kacip’ (bahasa kelantan).

Continue reading

Nilam Court ke Dimash: Muqaddimah

Bendara Syiria

Bendara Syiria

Bismillah. 2007, aku,Izzat dan Fareed berjaya mengikuti Program Intensif Bahasa Arab di Syiria selama hampir 3 bulan. Kisahnya, ternampak iklan tawaran di papan iklan fakulti. Hasil teguran seorang kawan. Sebelum berjaya, 2 sesi peperiksaan dilalui. Pertama, ujian bertulis (karangan bahasa arab lebih daripada 2 kalau tak silap) dan ujian lisan. Ingat lagi, sesi temuduga dalam kumpulan. Dalam kumpulan masa itu, aku, Izzat, Fareed,Hafiz dan Husniyah. Tajuk perbincangan ‘Pengebom Berani Mati’. Memang ‘blur’ asalnya. Tapi alhamdulillah boleh juga bagi sikit idea. Selesai semua ujian ini, dapatlah tawaran. Mula-mula macam tak percaya.

Jadual penerbangan betul-betul beberapa hari selepas habis musim peperiksaan. Memang macam kelam kabut juga. Parent dapat hantar sampai Kolej Kediaman (masa itu di Nilam Court). Sebabnya selang beberapa hari parent nak settle tentang persekolahan adik-adik ketika itu. Keesokan hari, aku bertolak ke KLIA dengan kenderaan universiti (Proton Waja). Masa itu, Encik Amran driver. First time kenal dengan Encik Amran. Cik Rohimah pun follow sekali dengan kenderaan universiti ini. Sampai di KLIA, terharu pun ada. Izzat dan Fareed dah standby dengan ahli keluarga. Aku? Aku nasib baik ada kawan-kawan datang, Hanis,Mahmud dan ada lagi. Tak ingalah. Sorry.

Continue reading