Refresment

Bismillah. Dah lama rasanya tak update penulisan dalam blog ini. Tak tahulah, sibuk ke atau memang sibuk atau buat-buat sibuk. Yang pasti, selepas bergelar YDP ini macam-macam perkara nak kena belajar. Paling utama pembahagian masa dan tugas (termasuk tugasan akademik). Keluar pagi, balik malam. Bak kata-kata kawan di sekolah dulu, macam tak ada life. Itu orang kata. Maaflah, kali ini bukan nak buat ulasan mengenai isu-isu semasa yang betul-betul terbentang (lagi-lagi didada akhbar sekarang). Cuma untuk membuat sedikit refreshment penulisan dalam blog ini.

Dulu sebagai orang nombor 2 dalam struktur kepimpinan pelajar tak lah terasa begitu sempit ruang untuk mengikuti aktiviti sosial dengan kawan-kawan. Ketika itu hanya berperanan sebagai pembantu kepada YDP (Abang besar) di dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Sama ada sumbangan idea mahu pun tenaga dan wang ringgit. Kali ini, kawalannya adalah lebih besar dan mencabar. Lagi-lagi membina sesebuah kumpulan modal insan iaitu manusia untuk sama-sama menuju kearah yang satu.

Sejak pelantikkan 13 Januari yang lalu, macam-macam jenis komitmen cuba dipenuhi. Itulah realiti. Realiti yang cuba difahami. Realiti yang sebenarnya menguji keikhlasan dalam satu perjuangan. Nak dipenuhi semua, kemungkinan tidak tercapai akal. Yang paling, bagaimana kita hendaklah mengurus segala hamparan ujian dengan ini dengan landasan ilmu dan taqwa sebagai pendinding.

Sekarang, hampir 3 bulan lebih dilantik. Haruslah bermuhasabah, dah sejauh mana semua nikmat dan ujian selama ini yang diberi memberi bonus kepada gandaan amalan (pahala) kepada kita. Sama ada melalui aktivitinya mahu pun yang berkaitan dengannya. Ingin memberi sedikit perubahan terhadap pemikran dan tindakan pelajar Islam di dalam menjuarai lapangan kampus dan ummah. Namun, terkadang tak mampu disebabkan persediaan thaqafah (ilmu) yang jauh berkurangan daripada menjawab semasa tersebut. Dicuba untuk memperbanyakkan aktiviti di dalam jadual untuk meningkatkan thaqafah itu, namun terkadang tak mampu menahan ujian.

Hah! Jomlah kita sama-sama letak diri dalam landasan kearah kebaikan itu. Moga-moga sunnah mengikuti kearah kebaikan itu membawa satu penambahan semangat mengubah keadaan diri yang sentiasa diuji. Untuk kawan-kawan, janganlah lupa di dunia ini bukan hanya semata-mata apa yang kita dapat di menara gading ini sahaja ditanya, lebih daripada itu. Maka fikir-fikirkalah. Maaflah, kalau penulisan kali ini agak tidak tersusun dan seperti tidak mengikuti susunannya. Ianya sebagai come back atau refreshment penulisan semoga akan berterusan di dalam usaha dakwah bi al qalam sebegini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s