MINGGU INTEGRITI PELAJAR 2009 USIM

Assalamualaikum. Minggu Integriti Pelajar atau MIP 2009 USIM akan diadakan paa 23 Feb hingga 1 Mac 2009. Tujuan umum program ini adalah membantu dan memantapkan penghayatan mahasiswa USIM mengenai nilai-nilai murni lagi Islamik dan disiplin yang telah ditetapkan.

Selepas mesyuarat bersama pihak Jawatankuasa Induk dikalangan pegawai-pegawai universiti pada tempoh hari telah memutuskan beberapa perkara yang mana bakal dijalankan semasa MIP ini. Antaranya, penurunan kuasa mengenai Tatatertib dipanjangkan selama sebulan (bermula 23 Feb 2009) berbanding MIP 2008 yang hanya selama seminggu. Nasihat saya, pastikan diri kita benar-benar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan terutamanya mengenai pemakaian ketika waktu kuliah. Walaubagaimana pun, ruang rayuan masih ada untuk pengurangan saman dan sebagainya.

MIP 2009 ini juga melibatkan semua warga kampus walaupun fokusnya seperti pelajar sahaja. Selama seminggu ini, semua pihak sama ada pihak Fakulti, Kolej Kediaman, Jabatan, Bahagian, Unit dan Badan-Badan Pelajar seperti MPP dan JAKSA, Kelab/Persatuan/Sekretariat Pelajar akan sama-sama memeriahkan MIP kali ini.

Untuk makluman, MPP bakal menyentuh mengenai saraf dakwah kepada semua minda mahasiswa dengan program-program yang telah ditetapkan. Diantaranya, Explore race: Library is my second home, Edaran flyers: Learn a word a day dalam Inggeris dan Arab, Edaran stickers/batches/risalah dan banners, Nyatakan ‘KAMI MAHASISWA BERINTEGRITI’ dan akhirnya Zoom integriti.

Semoga penganjuran MIP 2009 kali ini akan sedikit sebanyak membantu mahasiswa USIM meningkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai integriti ini terutamanya terhadap diri kita sendiri seperti menepati masa, jujur dan sebagainya. Ayuh! Kita sama-sama turun memeriahkan MIP 2009 ini. Anda memang yang terhebat.

2 thoughts on “MINGGU INTEGRITI PELAJAR 2009 USIM

  1. Selaku warga pandan, saya mengharapkan agar semua pelajar usim nilai dan pandan ambil peduli tentang apa yang berlaku di sekeliling kita.

    Andaikata aktiviti minggu integriti dilakukan di bawah, di kafe dan sebagainya, silalah turun, bukannya memeruk diri di atas.

    Tunjukkan kepada kami di pandan bahawa anda menyokong aktiviti di tempat anda. Beri keyakinan pada kami bahawa tindakan kami menghantar wakil ke aktiviti di nilai adalah tidak sia-sia dan tidak membuang masa kami.

    Yakinkan kami pelajar di nilai juga punya semangat berpasukan. Bukan hanya semasa debat piala NC.

    Berilah sokongan kepada aktiviti pelajar. Dan berkesedaran bahawa universiti ini milik kita, bukan milik pensyarah sahaja, milik penyadbiran sahaja, bukan milik MPP sahaja.

    Memohon maaf saudara Alif, saya menggunakan ruang ini untuk menyatakan luahan.
    Bukan ditujukan kepada saudara Aliff.
    Tetapi pada semua untuk diteliti. Sekadar pandangan. Boleh dilemparkan ke mana-mana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s