MPP USIM 2008/2009 Perjuang Tiga Misi Utama

Acara serah tugas oleh saudara Mohd Farid Hj. Din kepada saudara Muhamad Alif Ismail

Acara serah tugas oleh saudara Mohd Farid Hj. Din kepada saudara Muhamad Alif Ismail

Nilai, 2 Februari 2009 – Termetrilah sudah perlantikan barisan kepimpinan MPP baru bagi tahun 2008/2009 yang menyaksikan majlis serah tugas dan mengangkat sumpah mengaku taat setia kepada Pengurusan Universiti dalam membantu Universiti untuk mencapai Visi dan Misi Universiti selari dengan aspirasi negara.

Menyoroti proses pilihan raya MPP yang diadakan pada 13 Januari yang lalu, USIM mempertandingkan sebanyak 24 kerusi iaitu 8 untuk kawasan Umum dan 16 untuk kawasan Fakulti. 4 buah kerusi menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Sebanyak 95.75% pelajar keluar mengundi menjadikan USIM antara IPTA yang mempunyai peratusan yang tinggi dalam membuang undi.

Saudara Muhammad Alif Ismail, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah mendapat undian yang tertinggi sekali gus melayakkan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua MPP bagi sesi 2008/2009.

Berqasadkan kepada slogan Motivasi, Profesional dan Perubahan, MPP kali ini memperjuangkan tiga misi utama iaitu empati/prihatin kebajikan mahasiswa, Optima Potensi Intelektual Mahasiswa dan Pengantarabangsaan dan Jana Personaliti Mahasiswa Dinamik dan Islamik.

Seperti tahun-tahun sebelumnya pihak pengurusan Universiti telah bersetuju memperuntukkan dana di dalam Tabung Khas MPP bagi tujuan memudahkan MPP merancang dan membangunkan program-program kemahasiswaan sepanjang 2008/2009. Bagi tujuan memantapkan lagi pengurusan pentadbiran MPP sesi 200/2009, pihak pengurusan juga telah sebulat suara bersetuju memperuntukkan insentif kepada barisan MPP atas usaha dan kerja keras mereka dalam membangunkan program-program pembangunan.

Majlis diakhiri dengan penyerahan Fail Tugas oleh Saudara Farid Din, Mantan MPP kepada Saudara Muhammad Alif Ismail sebagai simbolik untuk majlis ini disaksikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin.

Sumber: http://www.usim.edu.my/v7

One thought on “MPP USIM 2008/2009 Perjuang Tiga Misi Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s