Smartlead 3

Alhamdulillah. Selesai mengikuti Smartlead 3 di Kem Al-Azzhar di Banting, Selangor. Struktur geografi yang menarik. Berhampiran dengan laut. Ceria dengan suasana paya bakau dan terjaga dengan suasana Islamik oleh pelajar-pelajar tahfiz di Kem Al-Azzhar.

Perjalanan program yang banyak menyentuh mengenai pengurusan sesuatu badan pelajar, kawalan emosi dan ketahan fizikal peserta.

Antara kenangan yang menjadi diari kehidupan adalah pertama, mendalami lagi struktur perjalanan pengurusan pelajar, mengenali hidupan di kawasan paya bakau (seperti belangkas) dan sebagainya.

Terima kasih kepada pihak USIM terutamanya Bahagian Hal Ehwal Pelajar di bawah Unit Perhubungan Pelajar di atas komitmen anda semua.

Harapan, moga-moga program sebegini dapat diteruskan lagi. Sekadar penambahbaikan, elakkan ikhtilat di dalam menjalankan aktiviti.

MPP 2008/2009

Peserta Smartlead 3