Demontrasi USIM Bantah Kezaliman Israel

Bersabarlah Wahai Pejuang

Bersabarlah Wahai Pejuang

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan seluruh warganya bakal berhimpun esok (13 Januari 2008) bagi menyatakan boikot dan rasa kesal di atas kezaliman Yahudi. Perhinpunan akan berkumpul di bangunan canselori dan berarak ke Stadium Tertutup Nilai. Sepanduk, kain rentang dan lain-lain telah bersiap sedia untuk dikibarkan. Kibaran ini menunjukkan semangat satu hati bersama saudara-saudara di Palestin. Ayuh sahabat-sahabat!

Penyerahan Tabung Gaza Palestin

Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia

Bangunan Canselori Ke Stadium Tertutup Nilai

9.00 Pagi Hingga 10.30 Pagi

Kronologi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2008/2009

lambang-mpp1

Majlis Perwakilan Pelajar USIM

5 Januari 2009 – Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2007/2008 dan Perjumpaan Bersama Timbalan Pendaftar Bahagia HEP USIM

8 Januari 2009 – Penamaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2008/2009

9 Januari 2009 – Majlis Pengenalan Calon (Rapat Umum)

10 Januari 2009 – Majlis Ramah Mesra Bersana Timbalan Naib Canselor (HEPA) USIM

13 Januari 2009 – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2008/2009

100 % turun mengundi, Jom Undi!

DEKLARASI SELAMATKAN GAZA!

Jihad Fi Sabilillah

Jihad Fi Sabilillah

DEKLARASI RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA!

Penjajahan Israel ke atas Palestin adalah punca kepada segala masalah yang berlaku di Timur Tengah. Ini dikuatkan lagi dengan sokongan Amerika dan sekutunya yang sering menggunakan kuasa Veto untuk menghalang segala resolusi dan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini menyebabkan rejim Israel tidak mengendahkan segala ketetapan dan resolusi PBB termasuk Resolusi 1860 yang terakhir. Apa yang lebih malang ialah peranan negara Islam yang sehingga kini hanya menggunakan isu ini sebagai alat dalam rundingan politik. Continue reading