Subjek Braille Yang Mengagumkan

Khusyuk pertama kali menggunakan Perkins Braille

Khusyuk pertama kali menggunakan Perkins Braille

Semester keenam kali ini, subjek Aplikasi Braille Di Dalam Al-quran dan As-sunnah memang benar-benar mengagumkan. Seorang yang cilik mempelajari suatu perkara yang orang tidak cilik tahu. Bertapa besar dan luasnya ilmu Allah ini.

Cikgu Ya atau Zakaria Bin Yahya, guru kami dalam kelas tutorial pada setiap selasa jam 8.00 malam. Seorang yang buta tetapi sangat cilik ilmu pengetahuan beliau. Inilah kelebihan daripada Allah. Pertemuan kami bersama Ciksu Ya memang tak kering gusi dibuatnya. Penuh dengan keceriaan, semangat dan usik-mengusik menyebabkan kami mulai jatuh hati dengan subjek ini.

Dedikasi yang tinggi perlu ada dalam diri. Itu kunci untuk mahir dalam menghayati subjek sebegini. Perkins Braille merupakan alatan untuk menulis seperti komputer, laptop dan sebagainya. Hanya menggunaka System of Six Dots. Six Dots inilah segalanya, dalamnya ada nombor, abjad (A-Z), huruf jawi (Alif hingga Ya) dan sebagainya.

Harapannya, seperti Cikgu Ya sebut. Berbudilah kepada masyarakat mengenai ilmu yang kita pelajari terutama kepada mereka yang kurang upaya. Cilik mata hati dengan Nur Ilahi, maka ciliklah harapan diri dimasa hadapan kelak.

C-Fest Keenam Melabuh Tirai

31 Disember 2008 yang lepas, selesai Pesta Konvokesyen Keenam USIM. Perasmian dirasmi oleh Tan Sri Pengerusi Lembaga Pengarah USIM. Dimeriahkan lagi dengan gimik berarak motor dikalangan Urusetia dan kerjasama pihak Unit Keselamatan USIM.

Cabaran mengadakan suatu majlis yang sedia maklum cabaran dihadapan tidak melemahkan pihak Jawatankuasa C-Fest. Seperti contoh, kebetulan cuti umum yang banyak, C-Fest selepas majlis konvokesyen dan sebagainya. Ada juga acara yang terpaksa ditangguhkan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung di dalam sama-sama menjayakan kemeriahan Pesta Konvokesyen Keenam USIM kali ini.

Seronok mendengar postmortem

Seronok mendengar postmortem

Jawatankuasa siswi

Jawatankuasa siswi

Adik Maryam Kena Tabah

7 Januari 2009, kami ke Batu Kurau di Perak menziarahi keluarga adik Maryam yang kehilangan Ibu tercinta. Musababnya, demam panas dan berada di hospital selama seminggu. Namun, ketentuan Allah lebih menyayangi Ibu adik Maryam.

Tersangkut di Lebuhraya Bukit Gantang, Perak

Tersangkut di Lebuhraya Bukit Gantang, Perak

Perjalanan bermula 1 petang dari USIM terus ke Batu Kurau. Alhamdulillah, tepat jam 8.00 malam kami sampai Jalan Besar (Kampun Bukit), Batu Kurau, rumah adik Maryam. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa yang singkat menjadi agak panjang disebabkan berlakunya kemalangan dua buah lori terbakar di Lebuhraya Bukit Gantang.

Untuk adik Maryam, kami sangat memahami erti kehilangan lagi-lagi kehilangan selamanya Ibu tercinta di atas bumi ini. Panjangkan dan bamyakkan doa untuk Ibu moga-moga beliau sentiasa dan berada dibawah rahmat Allah. Hidup perlu diteruskan.

Al-Fatihah untuk Ibu adik Maryam tercinta.