MPP USIM Bubar 5 Januari 2009

MPP USIM 07/08 Bersama Dato' TNC HEPA

MPP USIM 07/08 Bersama Dato' TNC HEPA

5 Januari 2009 akan datang menyaksikan Pembubaran MPP USIM sesi 2007/2008. Selama setahun lebih tanggungjawab ini diberi dengan mandat yang besar daripada pelajar, akhirnya tiba masa untuk dilepas dengan harapan kepimpinan yang baru mampu memberi sinar dan harapan yang lebih segar kepada warga kampus terutamanya pelajar.

Sebagai salah seorang wakil dalam MPP USIM ini, saya berharap sedikit sebanyak paksi perjuangan yang telah digariskan secara bersama selama ini dapat dirasai oleh warga kampus. Terutamanya mengenai isu-isu kebajikan pelajar. Terima kasih kepada semua yang senantiasa memberi kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir kata, daripada mahasiswa kami datang dan daripada mahasiswa kami kembali.