Laungan Takbir Pelajar Pondok

Pemakaian Serban

Pemakaian Serban

SEORANG pelajar sekolah pondok, Ahmad Nasir Darus, 28 (kiri), melaungkan takbir pada 100 pelajar pondok yang hadir perbicaraannya setelah pihak majistret menolak penangguhan perlaksanaan hukuman terhadapnya yang disaman menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar kerana berserban di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Beliau memilih hukuman dipenjarakan 2 hari atas alasan mengikut sunnah. – Foto Zaman Huri Isa

Potong gaji sehari bantu Palestin

Dato' NC USIM Rasmi Tabung Palestin

DR. ABDUL SHUKOR (baju putih) melancarkan Tabung Gaza untuk membantu penduduk Palestin akibat kekejaman Israel di Stadium Tertutup Nilai semalam.

NILAI – Kezaliman dan penindasan rejim Israel di bumi Palestin terus mendapat perhatian pelbagai pihak. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini tidak mahu terkecuali membantah perbuatan di luar kemanusiaan itu dengan mengumumkan pemotongan gaji sehari kepada semua kakitangan untuk disalurkan kepada Tabung Gaza bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk Palestin. Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, potongan gaji itu dibuat sebagai tanda prihatin warga universiti itu terhadap kekejaman dilakukan tentera zionis ke atas rakyat Palestin. “Saya tidak memaksa pemotongan gaji ini tetapi dilakukan sukarela melibatkan kakitangan akademik dan pentadbir USIM untuk disalurkan kepada Tabung Gaza. “Kepada mahasiswa pula, saya juga merayu kita sama-sama menyumbang dalam Tabung Gaza. Kalau tidak sampai RM1 sekali pun, 10 sen pun boleh. Itu besar ertinya kerana kita dapat menghantar sebutir Panadol kepada penduduk Palestin,” katanya. Beliau berucap demikian pada Rapat Umum Sokongan Kepada Palestin dan Bantahan Keganasan Israel dan Sekutunya di Stadium Tertutup Nilai, di sini semalam. Dalam rapat umum itu, lebih 5,000 mahasiswa dan kakitangan universiti itu hadir dengan berarak dari kampus berkenaan ke stadium itu sambil melaungkan pelbagai slogan anti-Israel serta membawa sepanduk mengutuk kekejaman tentera zionis.

KOSMO!

USIM Capai 95.75 %

Informasi keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 USIM.

  • 4166 pengundi.
  • 3989 keluar mengundi.
  • 177 tidak keluar mengundi (atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan).
  • 95.75 % (peratusan pengundian).

Ucapan tahniah kepada semua calon yang berjaya dan terima kasih kepada semua (luar dan dalam) samada secara langsung atau tidak langsung membantu melancarkan proses Pemilihan MPP sesi 2008/2009 USIM kali ini. Kepada calon yang belum berjaya, usaha lagi dan terus bersama kepimpinan MPP yang baru ini.

Pengumuman calon-calon yang berjaya oleh Y. Bhg. Dato’ TNC (HEPA) mewakili Y. Bhg. Dato’ NC di Bilik Mesyuarat Fakulti Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan (FKP) jam 6.00 petang.

Semoga MPP yang baru mampu membawa sedikit perubahan dan rangsangan semasa kepada warga mahasiswa khususnya serta mematangkan tindakan dan pemikiran selari hasrat universiti dan negara.

Tahniah semua.

Down Israel Rise Palestin

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Ya Allah..
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah..
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Demontrasi USIM Bantah Kezaliman Israel

Bersabarlah Wahai Pejuang

Bersabarlah Wahai Pejuang

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan seluruh warganya bakal berhimpun esok (13 Januari 2008) bagi menyatakan boikot dan rasa kesal di atas kezaliman Yahudi. Perhinpunan akan berkumpul di bangunan canselori dan berarak ke Stadium Tertutup Nilai. Sepanduk, kain rentang dan lain-lain telah bersiap sedia untuk dikibarkan. Kibaran ini menunjukkan semangat satu hati bersama saudara-saudara di Palestin. Ayuh sahabat-sahabat!

Penyerahan Tabung Gaza Palestin

Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia

Bangunan Canselori Ke Stadium Tertutup Nilai

9.00 Pagi Hingga 10.30 Pagi

Kronologi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2008/2009

lambang-mpp1

Majlis Perwakilan Pelajar USIM

5 Januari 2009 – Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2007/2008 dan Perjumpaan Bersama Timbalan Pendaftar Bahagia HEP USIM

8 Januari 2009 – Penamaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2008/2009

9 Januari 2009 – Majlis Pengenalan Calon (Rapat Umum)

10 Januari 2009 – Majlis Ramah Mesra Bersana Timbalan Naib Canselor (HEPA) USIM

13 Januari 2009 – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2008/2009

100 % turun mengundi, Jom Undi!