C-Fest Keenam USIM Semakin Hampir

” Alif…kau betul ke nak buat C-Fest Keenam ni…Ye lah, macam pelik pulak aku tengok. Majlis Konvokesyen dah lepas seminggu, lepas ko baru nak mula buat pesta…macam tak kena je. Lagi satu, dah lah baru buka semester, masalah crowd pelajar lagi nak datang C-Fest kau ni…”

2642121618_c62ee216a8Inilah antara komen dan pandangan kawan-kawan pasal C-Fest Keenam USIM kali ini. Takdirnya, aku Ketua Pengarah C-Fest Keenam. Memang banyak fikir dibuatnya. Bimbang pun ada. Ingat lagi, dulu senior di KUSZA ada pesan, “Alif…apa yang enta sebut akan diuji sebelum kita capai ianya…”.

Siapa tak rasa bimbang dan risau kalau keadaan sesuatu projek memang jelas cabarannya. Tinggal lagi, kita perlu susun perancangan yang terbaik samada susun atur jawatankuasa pelaksana atau modus operandinya.

Alhamdulillah, setelah sekian lama usaha memastikan C-Fest ini mengikut perancangan, tinggal beberapa lagi C-Fest Keenam akan ‘launching by Dato’ Naib Canselor di Pusat Kemudahan Pelajar (PKP), USIM.

Semalam, aktiviti pasang atau angkat bahan-bahan promosi dan publisiti C-Fest telah berjalan dengan lancarnya. Kawasan berdekatan USIM seperti Bandar Baru Nilai telah pun diselangi dengan buntings. Thanks to Azfar (Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Publisiti).

Acara C-Fest agak ‘simple’ dan kepastian meriahnya amat dirasai. Walaupun aturannya agak pelik bagi tahun ini. Namun inilah cabarannya. Aku rasa, semua Jawatankuasa perlu dedikasi dalam hal ini.

Untuk makluman lanjut mengenai perkembangan C-Fest, bolehlah layari http://www.cfestenamusim.blogspot.com

Oh! Tahniah kepada kepada semua graduan USIM yang komvokesyen pada kali ini. Anda memang yang terbaik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s