WALIMAH DI PULAU PINANG

Nenek tercinta kat Bagan Ajam

Nenek tercinta kat Bagan Ajam

13 Disember 2008 lepas, kami satu keluarga konvoi ke Pulau Pinang. Memang best. Macam-macam ragam. Ye lah, sepupu semua still budak-budak. Penat melayan. Kenduri walimah ini, adik ipar Mak Teh kat Seberang Jaya (belum masuk Pulau lagi). Alhamdulillah, walimah semua selamat. Selamat pengantin baru.

Dua hari kami di Pulau Pinang. Hari kedua, kami masuk pulau. Pak Teh ketuai konvoi ke Baru Feringghi. Sempat juga aku rendam dengan air laut yang masin. Actually, kawasan yang kita orang mandi ini kawasan Tragedi Tsunami dulu. Memang seram dan terharu pun ada. Sempat juga tengok penempatan baru mangsa Tsunami yang berdekatan dengan Masjid Terapung (macam masjid kat Kuala Terengganu pula).

Untuk korang, aktiviti bersama keluarga perlulah kita buat sebab sedikit sebanyak boleh kenal ragam dan saling memahami antara lain. Lagi-lagi, ramai budak-budak yang ikut. Memang letih. Dengan ada yang nak lemasnya, hilangnya dan macam-macam lagi. Kenangan betul.

Advertisements

Selepas 2010 Masihi

After 2010

After 2010

Ini jawapan aku. Ini planning aku. Dengan siapa, belum pasti. Kepastiannya, takdir Ilahi. Cuma tak perlu kita terlalu beban dengan perkara begini. Fokus dalam pengajian untuk hadiah terbaik buat Ibubapa tercinta dahulu. Akan aku balas dengan kejayaan nanti. Teruskanlah doamu, mak ayah.

Kepada sahabat-sahabat, selamat pengantin baru semua. Maaf sebab tak dapat hadir. Doakan kebahagian anda semua (Op, Safwan, Sufian, abang-abang dan kakak-kakak). Doakan kami.

C-Fest Keenam USIM Semakin Hampir

” Alif…kau betul ke nak buat C-Fest Keenam ni…Ye lah, macam pelik pulak aku tengok. Majlis Konvokesyen dah lepas seminggu, lepas ko baru nak mula buat pesta…macam tak kena je. Lagi satu, dah lah baru buka semester, masalah crowd pelajar lagi nak datang C-Fest kau ni…”

2642121618_c62ee216a8Inilah antara komen dan pandangan kawan-kawan pasal C-Fest Keenam USIM kali ini. Takdirnya, aku Ketua Pengarah C-Fest Keenam. Memang banyak fikir dibuatnya. Bimbang pun ada. Ingat lagi, dulu senior di KUSZA ada pesan, “Alif…apa yang enta sebut akan diuji sebelum kita capai ianya…”.

Siapa tak rasa bimbang dan risau kalau keadaan sesuatu projek memang jelas cabarannya. Tinggal lagi, kita perlu susun perancangan yang terbaik samada susun atur jawatankuasa pelaksana atau modus operandinya.

Alhamdulillah, setelah sekian lama usaha memastikan C-Fest ini mengikut perancangan, tinggal beberapa lagi C-Fest Keenam akan ‘launching by Dato’ Naib Canselor di Pusat Kemudahan Pelajar (PKP), USIM.

Semalam, aktiviti pasang atau angkat bahan-bahan promosi dan publisiti C-Fest telah berjalan dengan lancarnya. Kawasan berdekatan USIM seperti Bandar Baru Nilai telah pun diselangi dengan buntings. Thanks to Azfar (Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Publisiti).

Acara C-Fest agak ‘simple’ dan kepastian meriahnya amat dirasai. Walaupun aturannya agak pelik bagi tahun ini. Namun inilah cabarannya. Aku rasa, semua Jawatankuasa perlu dedikasi dalam hal ini.

Untuk makluman lanjut mengenai perkembangan C-Fest, bolehlah layari http://www.cfestenamusim.blogspot.com

Oh! Tahniah kepada kepada semua graduan USIM yang komvokesyen pada kali ini. Anda memang yang terbaik.