Sebak Dek Majlis Konvokesyen Keenam USIM

theme-konvoke6

Inilah kali pertama aku dapat ikut majlis konvokesyen. Dulu, tak sempat nak pegang scroll Dip. of KUSZA sebab terbang ke tanah Syam. Memang mula-mula aku bangga bila tengok kawan-kawan (senior) hadir dalam majlis konvokesyen ini. Semua hadir dengan senyuman kejayaan, hadir dengan tujuan ingin menunjukkan kepada Ibubapa yang anakmu benar-benar berjaya di USIM selama ini.

Ketika majlis konvokesyen bermula, aku mula sebak dengan beberapa titah DYMM Canselor dan ucapan Dato’ Naib Canselor iaitu “inilah hari yang bersejarah dan bermakna buat Ibubapa yang selama ini menghabiskan ribuan harta dan didikan bagi memastikan kejayaan ana-anaknya…”. Aku mula sebak (dalam hati). Bagaimana aku nanti?

Aku sedar, ingin menjadi seperti kawan-kawan yang berjaya dan cemerlang seperti mereka bukanlah suatu perkara tiba-tiba. Ia penuh dengan cabaran dan ketinggian kesabaran, sebab inilah jalannya kita berjaya. Benarlah, bukan senang nak jadi senang.

Realitinya, rasa beban memang ada dan terasa. Lagi-lagi beberapa kemungkinan masa depan aku di USIM ini. Dah banyak siri sembang tidak formal antara aku dengan kawan-kawan dala perkara-perkara ini. Samada sembang tantang akademianya, tanggungjawab dan lain-lain.Ya Allah, engkau perolehilah aku jalan yang engkau redhai…

Rasa ingin hasilkan yang benar-benar terbaik dalam sejarah hidup aku ini bukanlah suatu perkara yang senang dan main-main. Lagi-lagi nak mengimbangi pencapaian akademik dan amanah yang sedia ada. Rasa sedih dan jeles bangat ada bila tengok kawan-kawan naik pentas setiap semester (Dean List). Kadang-kadang rasa malas nak hadir jemputan meraikan kejayaan seperti itu. Aku benar-benar jeles dan rasa tidak senang. Buat aku terfikir bilakah giliran aku walaupun sekali?

Bagi 3 semester ini aku perlu sharp dengan banyak perkara. Aku rasa orang lain pun sama, cuma macam mana kita nak betul-betul disiplin dengan semua dan segala planning itu. Aku dan kawan-kawan memang terasa ingin menjadikan somebody untuk suatu hari nanti.

Akhirnya, jangan terlalu complicated dalam membina track of success ini. Cuma, yang terbaik itu idaman aku sekarang. Aku punyai 3 semester untuk memperbaiki segalanya. Tolonglah ya Allah! Kejayaan untuk kawan-kawan aku jua. Marilah Cipta Sejarah Berani Berubah.

Aku benar-benar inginkan. Wassalam

3 thoughts on “Sebak Dek Majlis Konvokesyen Keenam USIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s