Awal Semester Yang Sibuk

Poster C-Fest Keenam USIM

Poster C-Fest Keenam USIM

25 Dis 2008 ini, dah nak mula Pesta Konvokesyen (C-Fest). Hari ini, dua kelas aku attend lewat. Sabar aje lah. Hampir-hampir tak masuk dan tertinggal sign attendant  pun ada. Yang pasti, semester ini aku jumpa lagi Ustaz Abd Rahman Obeid lagi. Yang seorang lagi, aku tak ingat dah nama dia. Tapi, dia mention panggil Puan dan anak tiga.

Hari ini, dah banyak hal-hal teknikal selesai. Lega juga aku. Cuma adalah beberapa hal yang kena counter back. Sakit kepala juga. Sabar aje lah. Apa-apa pun, thanks kat aku punya Jawatankuasa. Sikit lagi kita launch.

Dalam duk sibuk dengan hari pertama kuliah. Ada seorang junior accident kat area jalan short court ke round board MPN. Dengar macam teruk sangat. Harap dia panjang umur lagi. Amin.

Petang ini, aku nak release dengan sebiji bola futsal. Haha. Tak adalah tertekan mana pun, cuma nak cari mood. Macam biasalah, mana ada benda senang kalau nak success bangat. Yang penting, sikit masa aje lagi nak start C-fest ini. Esok 9.30 pagi aku ada interview by phone dengan radio Negeri Sembilan, tak tahu frekuensinya. Gelabah juga aku esok ini. Hope ok lah.

Oklah, aku nak gerak dulu. Wassalam.

WALIMAH DI PULAU PINANG

Nenek tercinta kat Bagan Ajam

Nenek tercinta kat Bagan Ajam

13 Disember 2008 lepas, kami satu keluarga konvoi ke Pulau Pinang. Memang best. Macam-macam ragam. Ye lah, sepupu semua still budak-budak. Penat melayan. Kenduri walimah ini, adik ipar Mak Teh kat Seberang Jaya (belum masuk Pulau lagi). Alhamdulillah, walimah semua selamat. Selamat pengantin baru.

Dua hari kami di Pulau Pinang. Hari kedua, kami masuk pulau. Pak Teh ketuai konvoi ke Baru Feringghi. Sempat juga aku rendam dengan air laut yang masin. Actually, kawasan yang kita orang mandi ini kawasan Tragedi Tsunami dulu. Memang seram dan terharu pun ada. Sempat juga tengok penempatan baru mangsa Tsunami yang berdekatan dengan Masjid Terapung (macam masjid kat Kuala Terengganu pula).

Untuk korang, aktiviti bersama keluarga perlulah kita buat sebab sedikit sebanyak boleh kenal ragam dan saling memahami antara lain. Lagi-lagi, ramai budak-budak yang ikut. Memang letih. Dengan ada yang nak lemasnya, hilangnya dan macam-macam lagi. Kenangan betul.

Selepas 2010 Masihi

After 2010

After 2010

Ini jawapan aku. Ini planning aku. Dengan siapa, belum pasti. Kepastiannya, takdir Ilahi. Cuma tak perlu kita terlalu beban dengan perkara begini. Fokus dalam pengajian untuk hadiah terbaik buat Ibubapa tercinta dahulu. Akan aku balas dengan kejayaan nanti. Teruskanlah doamu, mak ayah.

Kepada sahabat-sahabat, selamat pengantin baru semua. Maaf sebab tak dapat hadir. Doakan kebahagian anda semua (Op, Safwan, Sufian, abang-abang dan kakak-kakak). Doakan kami.

C-Fest Keenam USIM Semakin Hampir

” Alif…kau betul ke nak buat C-Fest Keenam ni…Ye lah, macam pelik pulak aku tengok. Majlis Konvokesyen dah lepas seminggu, lepas ko baru nak mula buat pesta…macam tak kena je. Lagi satu, dah lah baru buka semester, masalah crowd pelajar lagi nak datang C-Fest kau ni…”

2642121618_c62ee216a8Inilah antara komen dan pandangan kawan-kawan pasal C-Fest Keenam USIM kali ini. Takdirnya, aku Ketua Pengarah C-Fest Keenam. Memang banyak fikir dibuatnya. Bimbang pun ada. Ingat lagi, dulu senior di KUSZA ada pesan, “Alif…apa yang enta sebut akan diuji sebelum kita capai ianya…”.

Siapa tak rasa bimbang dan risau kalau keadaan sesuatu projek memang jelas cabarannya. Tinggal lagi, kita perlu susun perancangan yang terbaik samada susun atur jawatankuasa pelaksana atau modus operandinya.

Alhamdulillah, setelah sekian lama usaha memastikan C-Fest ini mengikut perancangan, tinggal beberapa lagi C-Fest Keenam akan ‘launching by Dato’ Naib Canselor di Pusat Kemudahan Pelajar (PKP), USIM.

Semalam, aktiviti pasang atau angkat bahan-bahan promosi dan publisiti C-Fest telah berjalan dengan lancarnya. Kawasan berdekatan USIM seperti Bandar Baru Nilai telah pun diselangi dengan buntings. Thanks to Azfar (Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Publisiti).

Acara C-Fest agak ‘simple’ dan kepastian meriahnya amat dirasai. Walaupun aturannya agak pelik bagi tahun ini. Namun inilah cabarannya. Aku rasa, semua Jawatankuasa perlu dedikasi dalam hal ini.

Untuk makluman lanjut mengenai perkembangan C-Fest, bolehlah layari http://www.cfestenamusim.blogspot.com

Oh! Tahniah kepada kepada semua graduan USIM yang komvokesyen pada kali ini. Anda memang yang terbaik.

Sebak Dek Majlis Konvokesyen Keenam USIM

theme-konvoke6

Inilah kali pertama aku dapat ikut majlis konvokesyen. Dulu, tak sempat nak pegang scroll Dip. of KUSZA sebab terbang ke tanah Syam. Memang mula-mula aku bangga bila tengok kawan-kawan (senior) hadir dalam majlis konvokesyen ini. Semua hadir dengan senyuman kejayaan, hadir dengan tujuan ingin menunjukkan kepada Ibubapa yang anakmu benar-benar berjaya di USIM selama ini.

Ketika majlis konvokesyen bermula, aku mula sebak dengan beberapa titah DYMM Canselor dan ucapan Dato’ Naib Canselor iaitu “inilah hari yang bersejarah dan bermakna buat Ibubapa yang selama ini menghabiskan ribuan harta dan didikan bagi memastikan kejayaan ana-anaknya…”. Aku mula sebak (dalam hati). Bagaimana aku nanti?

Aku sedar, ingin menjadi seperti kawan-kawan yang berjaya dan cemerlang seperti mereka bukanlah suatu perkara tiba-tiba. Ia penuh dengan cabaran dan ketinggian kesabaran, sebab inilah jalannya kita berjaya. Benarlah, bukan senang nak jadi senang.

Realitinya, rasa beban memang ada dan terasa. Lagi-lagi beberapa kemungkinan masa depan aku di USIM ini. Dah banyak siri sembang tidak formal antara aku dengan kawan-kawan dala perkara-perkara ini. Samada sembang tantang akademianya, tanggungjawab dan lain-lain.Ya Allah, engkau perolehilah aku jalan yang engkau redhai…

Rasa ingin hasilkan yang benar-benar terbaik dalam sejarah hidup aku ini bukanlah suatu perkara yang senang dan main-main. Lagi-lagi nak mengimbangi pencapaian akademik dan amanah yang sedia ada. Rasa sedih dan jeles bangat ada bila tengok kawan-kawan naik pentas setiap semester (Dean List). Kadang-kadang rasa malas nak hadir jemputan meraikan kejayaan seperti itu. Aku benar-benar jeles dan rasa tidak senang. Buat aku terfikir bilakah giliran aku walaupun sekali?

Bagi 3 semester ini aku perlu sharp dengan banyak perkara. Aku rasa orang lain pun sama, cuma macam mana kita nak betul-betul disiplin dengan semua dan segala planning itu. Aku dan kawan-kawan memang terasa ingin menjadikan somebody untuk suatu hari nanti.

Akhirnya, jangan terlalu complicated dalam membina track of success ini. Cuma, yang terbaik itu idaman aku sekarang. Aku punyai 3 semester untuk memperbaiki segalanya. Tolonglah ya Allah! Kejayaan untuk kawan-kawan aku jua. Marilah Cipta Sejarah Berani Berubah.

Aku benar-benar inginkan. Wassalam

Semester Keenam Bermula

2956140298_d3fb5e1d4b_oSedar tidak sedar, lusa dah nak mula semester yang ketujuh bagi aku atau pun semester kedua dalam tahun yang ketiga pengajian di USIM. Alhamdulillah, keputusan exam yang baru masih memuaskan dan kekal kedudukannya. Terima kasih kepada semua terutama pensyarah-pensyarah, anda memang yang terbaik.

Seperti biasa, mana-mana pelajar mula memasang niat dan strategic planning untuk memperolehi keputusan yang lebih cemerlang diakhir nanti. Cuma, fenomena dan cabarannya kemungkinan berbeza sedikit antara mereka. Oh! Terlupa, tahniah kepada kawan-kawan sepengajian di USIM yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Teruskan kelangsungan itu. Ye! Mengenai schedule of success semester baru ini memang memerlukan analisa yang terbaik supaya kita mampu mengenal kekuatan dan kelompongan untuk track kejayaan itu.

Cuma, jangan lupa elemen sepadu antara Dunia dan Akhirat yang menjadi didikan berterusan dan sejarah kejayaan warga USIM selama ini. Kita perlu memahami dan menghayati.

Semoga perolehi kejayaan buat semua untuk semester kali ini. Wassalam.