Seronoknya Cuti

Cuti semester datang lagi. Memang best kalau dapat cuti lama dan berada di rumah atau kampung halaman. Sepanjang semester sibuk dengan ragam kuliah, kerenah ‘assignments’ dan macam-macam lagi bagaikan hilang sementera dek cuti yang dibentangkan. Sebulan lebih. Memang mengasyikkan.

Lain pula episodnya dengan kawan-kawan yang susah nak kenal erti cuti. Episod pengkuliahan dah sememangnya sibuk ditambah pula dengan pelbagai komitmen. Pelik-pelik. Masa cuti pun masih sibuk dan kadang-kadang lagi sibuk.

Namun percayalah, setiap manusia ini ada ‘target’ tersendiri dan sanggup mengorbankan apa sahaja asalkan mampu mencapai keinginan tersebut. Tidak perlulah diberi contoh, tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Betulkan?

Harap kawan-kawan tidak serong sesama kita dan sepatutnya kita sama-sama ‘support’ supaya kejayaan seseorang itu setidak-tidaknya kita ada sahamnya. Percayalah. Selamat bercuti semua.

Hiasi dan isi masa cuti anda dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

3K Suatu Muhasabah

1- Kursus Kecemerlangan Kepimpinan (3K) Mahasiswa 2008 di Port Dickson memang memberi suatu nilai muhasabah untuk kita bersama menghayatinya. Penekanan mengenai simulasi sebelum bergelar pemimpin dikalangan pelajar perlu disantuni. Nilai atau kesan dalaman dan luaran harus diambil perhatian sejenak semoga kita tidak tertipu dek kesenangan dan jauh daripada pedoman Ilahi.

2- Persahabatan baru. Kenalan yang pelbagai kategori ragamnya menyebabkan diri terkesima sebentar. Mengambil masa memahami hati budi dan pandangan jauh sahabat-sahabat baru. Integration bangsa, didikan dan habit memang mengasyikkan. Kadang-kadang macam keterlaluan terasa juga. Itulah ragam. Bayangkan, walaupun sekadar modul tetapi rasukannya seperti ianya benar-benar berlaku. Faham-fahamkan.

3- Teguran bersama. Kejayaan dan kemenangan yang kita bersama impikan harus selari dengan panduan sang Pencipta kerna ketentuan terakhir ada pada-Nya. Kita inginkan sesuatu yang baik dan mungkin yang terbaik, jangan lupa menampal akhlak yang terpuji yang sepatutnya menghiasi diri. Tidaklah orang mengata, “cakap tidak serupa bikin”.

Selamat bermuhasabah dan bukan bermuha’sarawak’.

Dedikasi: Siput Nyonyot