KENALI IBN NADIM AL-WARRAQ

Nama beliau Muhammad bin Ishaq bin Ya’qub al-Nadim al-Baqhdadi al-Warraq. Beliau dikunia sebagai Abi al-Farj. Beliau membesar di bait ilmu yang mana ayahnya senantiasa bergaul rapat dengan para ulama’ dan pemikir yang hebat. Beliau meghafal al-Quran semasa umurnya 10 tahun lagi. Lahir dan wafat Ibn Nadim di Baqhdad. Beliau banyak menghabiskan masa di istana pemerintah yang mana senantiasa mendampingi para pemerintah dan membantu hal-hal berkaitannya seperti membantu photostat kitab-kitab. Bayangkan dengan hanya membantu kerja-kerja seperti photostat ini beliau diiktiraf sebagai seorang yang ‘alim. Terutama mengenai kitab-kitab yang senantiasa beliau photostat selama ini.

Ingatlah teman-teman, tidak semestinya kita ini membuat kerja-kerja yang tinggi nilainya sahaja mampu diiktiraf sebagai insan hebat. Kita dapat lihat contoh tauladan yang dibawa oleh Ibn Nadim ini. Yang penting, kerja buat kita mesti ada komitmen dan ketabahan yang tinggi disamping mengingati kesemuanya datang dari pertolongan Ilahi.

Antara kitab karangan Ibn Nadim yang sebelum ini tidak diiktiraf oleh para ilmuan adalah Kitab al-Fihris. Kesemuanya hasil daripada beliau mendampingi dan melazimi ‘taman-taman ilmu’ dan mengenali para pemerintah, ulama’ dan pemikir-pemikit yang hebat.

Disini, keinginan menjadi seseorang yang hebat semestinya kita mendampingi mereka yang alim lagi hebat. Siapa orangnya, anda bijak menilai dan memilihnya. Selain kita dapat mengenali diri mereka yang hebat ini kita juga mampu memperolehi keberkatan. Lagi-lagi kalau mereka mendoakan kejayaan kita. Kerana mereka mulia disisi Sang Pencipta.

Akhirnya, Ibn Nadim merupakan seseorang yang hebat di dalam keilmuan Islam. Mentauladani ayahnya selama ini, beliau berjaya menjadi insan yang mantap dalam geberasinya walaupun setengah-tengah ‘manusia’ menggelarnya sebagai Syiah.

Nota: panas minda selepas bacaan pertama sebelum last paper exam pada 21 hb Nov nanti. Antara tajuk dalam subjek Bibliografi dan Kajian Sumber Pengajian Islam. Doakan diriku berjaya menjawab yang terbaik. Amiin.

PERKAMPUNGAN KEDUA JAWATANKUASA C-FEST

Alhamdulillah. Hasil beberapa episod perbincangan bersama Jawatankuasa (JK) Pesta Konvokesyen (C-Fest) dikalangan pelajar yang dipimpin Sekretarian Naib Yang Dipertua (NYDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), tarikh keramat 24 Nov adalah tarikh bermulanya gerak kerja serius C-Fest selepas selesai musim peperiksaan sesi 2008/2009 kali ini.

Mengambil kira tempoh sebulan sebelum bermulanya Pesta Konvekesyen Keenam, kami JK cuba sedaya upaya mengerahkan idea dan tindakan mengharmoni kembali kesemua cadangan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan nanti.

Cabaran kali ini adalah mobilasi kehadiran pelajar USIM. Pendaftaran semester kedua sesi akademik 2008/2009 bermula 21 Nov, tiga hari sebelum bermulanya C-Fest iaitu 24 Nov. Kebiasaannya, kehadiran pelajar seminggu pertama memang agak kurang. Namun, inilah antara cabaran yang perlu di atas dengan strategi yang terbaik.

Konsep kali ini mengambil kira banyak perkara selain daripada mobilasi kehadiran pelajar tadi. Isu masa yang terlalu singkat, lagi-lagi sebulan mengambilkan masa dengan peperiksaan dan sebagainya.

Diharapkan, komitmen daripada semua warga kampus dapat diberi di dalam menjayakan dan meraikan C-Fest Keenam kali ini. Ingatlah, perbezaan dan kelainan program rasmi universiti ini memang kita akui tetap ada. Yang penting, bagaimana kita mengambil nilai dan istifadah daripadanya.