Pemilihan MPP USIM harus bebas campur tangan luar

NILAI 24 Okt. – Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini berharap proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 13 Januari tahun depan bebas daripada sebarang campur tangan pihak luar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, pelajar perlu diberi kebebasan memilih barisan kepimpinan yang difikirkan layak mewakili mereka dalam MPP.

Menurut beliau, tindakan melobi oleh pihak luar boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap pelajar USIM selaku generasi kepimpinan negara pada masa akan datang.

”Saya berharap tiada tetamu yang tidak diundang muncul semasa pemilihan MPP berlangsung nanti. Biarkan pelajar USIM bebas memilih pemimpin mereka sendiri,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM di Stadium Tertutup Nilai dekat sini hari ini.

Jelas beliau, proses pemilihan MPP USIM sebelum ini berjalan dengan lancar kerana tiada campur tangan dari luar.

Hasilnya, barisan kepimpinan MPP sedia ada berjaya melaksanakan kesemua aktiviti dan program yang dirancang tanpa gangguan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mohamed Asin, setakat ini belum ada cubaan oleh pihak luar untuk mempengaruhi proses pemilihan MPP USIM.

Sementara itu, Mohamed Asin menasihatkan calon yang akan bertanding dalam pemilihan MPP supaya tidak melupakan tanggungjawab utama mereka selaku pelajar iaitu mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik.

Beliau memberitahu, pihak USIM telah menetapkan calon mesti mempunyai Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.7 ke atas.

Hah! Satu persoalan, apa kesannya kejayaan Presiden Ke-44 Amerika Syarikat Barack Obama dalam pilihan raya baru-baru ini dengan pemilihan MPP USIM kali ini? Ada kaitan ke? FIkir-fikirkanlah.

5 thoughts on “Pemilihan MPP USIM harus bebas campur tangan luar

  1. Rasenye kejayaan Obama tidak memberi impak yg maxima kpd PRK yg bakal diadakan di USIM nti.lgpn tidak wujudd parti berunsur democrate or republican.hehe..sj je bg pendapat.:P anyway, hope pelajar akan memilih calon yg terbaik pd PRK akan datang.

  2. yeke?tp kne ingt jgk, amerika tu sgt d spport kuat oleh pmmpin2 yahudi n kkuatn amerika dr sdt ekonomi(yg kbnyakkn jutawn dnia such as bill gates, adlh jew) d pgg oleh jewish..sjauh mne prestasi obama(yg hmpir 90 peratus umt islm amerika trn m’undi at dat time) yg m’jd hrpn sluruh dnia, menangani isu yg b’kait rpt ngn sekutu’ye tu,kte tgu n lihat jelh…

  3. Trm ksh atas komen saudari. Mmg seperti seorg tokoh yg mengikuti perkembangan semasa. Benar, Amerika dibantu penuh oleh Yahudi. Bangsa yg tdk blh melihat kebangkitann Islam. Kita percaya, Islam akan segar berdiri suatu hari nnt. Ayuh, semarakkan jiwa.

  4. amin…kita doakn agr islm n plstine d plihara..kita perlu ykin w’pn islm skg ni d lihat sbg sdg b’ada pd titik plg bwh dlm era kgmilangn’ye n d lihat spt sdg di injak2, tp kita sgt pcye bhw dr titik bwh tu la islm akn naik n bangkit smula ke pnck plg tggi n b’ada d tmpt yg sptt’ye…n at dat time, xde spe pn dpt m’halang islam dr bngkit smula..i’allah..

    ::akhi la spt tokoh yg sbnr..kagum sgt ngn bakat kpemimpinan yg ada pd akhi.m’jd sumber iLham n kkuatan wt saudari filzah dlm mnempuh cbrn kt kmpus ni..=) ::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s