Schedule of Examination

06-11-2008 (Thursday) – Networking and System Administration

08-11-2008 (Saturday) – Malaysia University English Test (MUET)

10-11-2008 (Monday) – Kajian Hadith Dhaif dan Maudu’

12-11-2008 (Wednesday) – Ilmu Takhrij Hadith

21-11-2008 (Friday) – Bibliografi dan Kajian Sumber Pengajian Islam

PEMILIHAN MPP USIM 2008/2009 13 JANUARI 2009

Hasil kenyataan Y. Bhg. Dato’ TNC HEPA di dalam sebuah akhbar tempatan menyatakan tarikh Pemilihan MPP sesi 2008/2009 adalah pada 13 Januari 2009, tahun depan.

Sebagai barisan MPP USIM sesi 2007/2008 mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti di atas makluman tarikh pemilihan tersebut. Sesungguhnya, kami berasa lega dan gembira kerana tarikh pemilihan tersebut akhirnya termaktub jua.

Akhir, kepada siapa yang berhasrat untuk masuk bertanding ingatlah tanggungjawab mengurus dan memimpin badan terbesar pelajar ini adalah bukan suatu perkara yang senang, perlu istiqamah dan tabah menghadapinya.

Selamat mencuba dari Tun NYDP 1. Hehe.

Pemilihan MPP USIM harus bebas campur tangan luar

NILAI 24 Okt. – Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini berharap proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 13 Januari tahun depan bebas daripada sebarang campur tangan pihak luar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, pelajar perlu diberi kebebasan memilih barisan kepimpinan yang difikirkan layak mewakili mereka dalam MPP.

Menurut beliau, tindakan melobi oleh pihak luar boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap pelajar USIM selaku generasi kepimpinan negara pada masa akan datang.

”Saya berharap tiada tetamu yang tidak diundang muncul semasa pemilihan MPP berlangsung nanti. Biarkan pelajar USIM bebas memilih pemimpin mereka sendiri,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM di Stadium Tertutup Nilai dekat sini hari ini.

Jelas beliau, proses pemilihan MPP USIM sebelum ini berjalan dengan lancar kerana tiada campur tangan dari luar.

Hasilnya, barisan kepimpinan MPP sedia ada berjaya melaksanakan kesemua aktiviti dan program yang dirancang tanpa gangguan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mohamed Asin, setakat ini belum ada cubaan oleh pihak luar untuk mempengaruhi proses pemilihan MPP USIM.

Sementara itu, Mohamed Asin menasihatkan calon yang akan bertanding dalam pemilihan MPP supaya tidak melupakan tanggungjawab utama mereka selaku pelajar iaitu mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik.

Beliau memberitahu, pihak USIM telah menetapkan calon mesti mempunyai Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.7 ke atas.

Hah! Satu persoalan, apa kesannya kejayaan Presiden Ke-44 Amerika Syarikat Barack Obama dalam pilihan raya baru-baru ini dengan pemilihan MPP USIM kali ini? Ada kaitan ke? FIkir-fikirkanlah.