28 November 2008, hampir 9.00 pagi kami bertolak ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dari universiti tercinta, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Durasi perjalanan selama separuh hari melibatkan dua buah van milik USIM.
Pertama, terima kasih kepada pihak USIM kerana memberi peluang mengikuti Regional Convention On Student Development di Pulau Phuket selama 3 hari. Kami (MPP USIM) seramai 10 orang mewakili ke program tersebut. Sedikit kesedihan kerana sahabat kami iaitu saudara Mohd Ridhuwan Remly (Exco Pembangunan Insan) tidak dapat ikut sama kerana masalah kesihatan yang agak teruk.
Cuti ulangkaji semester ini kami berpeluang mencari damai di Pulau Phuket sebelum menghadapai peperiksaan pada minggu depannya. Program ini melibatkan kebanyakan universiti-universiti tempatan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Antara kenangan, perjalanan dari UUM ke Pulau Phuket mengambil masa selama hampir separuh hari dengan menaiki bas UUM. Persinggahan di sempadan Danok memberi erti perbezaan geografi dan masyarakat setempat disana kepada kami. Matawang yang berbeza (Balt) namun masih boleh lagi menggunakan matawang Malaysia (Ringgit Malaysia). Bayangkan, 10 Balt sama dengan RM 1.00. Tiada perbezaan yang banyak.
Tiba ditempat penginapan (Phuket Grace Land Resort And Spa) memang indah. Lagi-lagi, salah satu tempat berlakunya Tsunami. Memang memberi erti kehidupan yang berhati-hati. Aktiviti-aktiviti yang sempat kami lalui, slot program, shopping, jalan-jalan tepi pantai dan lain-lain lagi (memang best banyak).
Cuma, ketika disana aku berasa kurang selesa (baru sembuh dari demamlah katakan). Badan aku naik bintik-bintik tapi tidak menggatalkan. Tapi, aku rasa syukur juga sebab antara hobi aku berjalan-jalan ke negara orang berjaya juga tahun ini (tahun lepas ke Syiria).
Akhirnya, jauh perjalanan banyak bangat pengalaman yang kita dapat. Tapi pengalaman itu juga kita kena usaha dapatkan. Tak ada makna kalau keluar negara tapi duduk senyap dalam hotel. Betul tak? Moga ketemu lagi.
Pulau Phuket memang indah.
xtau le plk ex-nydp1 usim ni de hobi baru iaitu b’jln2 kt negara org…:p