Ulangkaji di Pulau Phuket

Phuket Grace Land Resort & Spa

Phuket Grace Land Resort & Spa

28 November 2008, hampir 9.00 pagi kami bertolak ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dari universiti tercinta, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Durasi perjalanan selama separuh hari melibatkan dua buah van milik USIM.

Pertama, terima kasih kepada pihak USIM kerana memberi peluang mengikuti Regional Convention On Student Development di Pulau Phuket selama 3 hari. Kami (MPP USIM) seramai 10 orang mewakili ke program tersebut. Sedikit kesedihan kerana sahabat kami iaitu saudara Mohd Ridhuwan Remly (Exco Pembangunan Insan) tidak dapat ikut sama kerana masalah kesihatan yang agak teruk.

Cuti ulangkaji semester ini kami berpeluang mencari damai di Pulau Phuket sebelum menghadapai peperiksaan pada minggu depannya. Program ini melibatkan kebanyakan universiti-universiti tempatan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Antara kenangan, perjalanan dari UUM ke Pulau Phuket mengambil masa selama hampir separuh hari dengan menaiki bas UUM. Persinggahan di sempadan Danok memberi erti perbezaan geografi dan masyarakat setempat disana kepada kami. Matawang yang berbeza (Balt) namun masih boleh lagi menggunakan matawang Malaysia (Ringgit Malaysia). Bayangkan, 10 Balt sama dengan RM 1.00. Tiada perbezaan yang banyak.

Tiba ditempat penginapan (Phuket Grace Land Resort And Spa) memang indah. Lagi-lagi, salah satu tempat berlakunya Tsunami. Memang memberi erti kehidupan yang berhati-hati. Aktiviti-aktiviti yang sempat kami lalui, slot program, shopping, jalan-jalan tepi pantai dan lain-lain lagi (memang best banyak).

Cuma, ketika disana aku berasa kurang selesa (baru sembuh dari demamlah katakan). Badan aku naik bintik-bintik tapi tidak menggatalkan. Tapi, aku rasa syukur juga sebab antara hobi aku berjalan-jalan ke negara orang berjaya juga tahun ini (tahun lepas ke Syiria).

Akhirnya, jauh perjalanan banyak bangat pengalaman yang kita dapat. Tapi pengalaman itu juga kita kena usaha dapatkan. Tak ada makna kalau keluar negara tapi duduk senyap dalam hotel. Betul tak? Moga ketemu lagi.

Pulau Phuket memang indah.

Langkah Pertama Selesai

6 November 2008, tepat jam 9.00 pagi aku berjaya hadir menduduki peperiksaan kertas pertama di DP 1-FSU bagi semester pertama sesi akademik 2008/2009 kali ini. Kertas Networking And System Administration ini aku telah cuba sedaya upaya untukmemahaminya. Alhamdulillah, hampir separuh keyakinan tanda boleh jawab berjaya aku lepaskan. Aku berjaya kekal di dalam dewan peperiksaan selama 3 jam durasi kertas peperiksaan ini, walaupun ada satu soalan aku tersalah buat kali keduanya (geram betul).

Kesimpulannya, pengekalan momentum emosi haruslah dikekalkan sebaik mungkin sehingga selesai menjawab peperiksaan. Aku yakin walau sedikit kita berusaha (walau sepatah sahaja dapat kita faham dan hafal), percayalah akan dibalas juga usaha yang sedikit itu. Ilmu ini milik Allah dan mohonlah pada-Nya supaya Dia memberi ketika kita memerlukan lagi-lagi di dalam dewan peperiksaan yang senyap sepi itu.

Akhir kalam, moga maju jaya buat kawan-kawan. Ingatlah, ilmu itu lebih daripada apa yang dicatat atas kertas putih jawapan itu.