Seronoknya Cuti

Cuti semester datang lagi. Memang best kalau dapat cuti lama dan berada di rumah atau kampung halaman. Sepanjang semester sibuk dengan ragam kuliah, kerenah ‘assignments’ dan macam-macam lagi bagaikan hilang sementera dek cuti yang dibentangkan. Sebulan lebih. Memang mengasyikkan.

Lain pula episodnya dengan kawan-kawan yang susah nak kenal erti cuti. Episod pengkuliahan dah sememangnya sibuk ditambah pula dengan pelbagai komitmen. Pelik-pelik. Masa cuti pun masih sibuk dan kadang-kadang lagi sibuk.

Namun percayalah, setiap manusia ini ada ‘target’ tersendiri dan sanggup mengorbankan apa sahaja asalkan mampu mencapai keinginan tersebut. Tidak perlulah diberi contoh, tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Betulkan?

Harap kawan-kawan tidak serong sesama kita dan sepatutnya kita sama-sama ‘support’ supaya kejayaan seseorang itu setidak-tidaknya kita ada sahamnya. Percayalah. Selamat bercuti semua.

Hiasi dan isi masa cuti anda dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

3K Suatu Muhasabah

1- Kursus Kecemerlangan Kepimpinan (3K) Mahasiswa 2008 di Port Dickson memang memberi suatu nilai muhasabah untuk kita bersama menghayatinya. Penekanan mengenai simulasi sebelum bergelar pemimpin dikalangan pelajar perlu disantuni. Nilai atau kesan dalaman dan luaran harus diambil perhatian sejenak semoga kita tidak tertipu dek kesenangan dan jauh daripada pedoman Ilahi.

2- Persahabatan baru. Kenalan yang pelbagai kategori ragamnya menyebabkan diri terkesima sebentar. Mengambil masa memahami hati budi dan pandangan jauh sahabat-sahabat baru. Integration bangsa, didikan dan habit memang mengasyikkan. Kadang-kadang macam keterlaluan terasa juga. Itulah ragam. Bayangkan, walaupun sekadar modul tetapi rasukannya seperti ianya benar-benar berlaku. Faham-fahamkan.

3- Teguran bersama. Kejayaan dan kemenangan yang kita bersama impikan harus selari dengan panduan sang Pencipta kerna ketentuan terakhir ada pada-Nya. Kita inginkan sesuatu yang baik dan mungkin yang terbaik, jangan lupa menampal akhlak yang terpuji yang sepatutnya menghiasi diri. Tidaklah orang mengata, “cakap tidak serupa bikin”.

Selamat bermuhasabah dan bukan bermuha’sarawak’.

Dedikasi: Siput Nyonyot

Fikir Tentang Praktikum

1- Antara cuti yang paling banyak kerja nak kena siapkan adalah cuti semester yang akan datang ini. Selain daripada kerja buat MPP untuk persediaan Pesta Konvokesyen Keenam USIM, ada beberapa perkara penting harus disusun awal untuk kebaikan dimasa akan datang. Maksudnya disini adalah tempat untuk Praktikum atau nama rasminya Latihan Amali dan Industri.

2- Dimana? Persoalan yang perlu jawapan yang objektif. Dengan mengambil kira banyak perkara seperti kemudahan samada pengangkutan atau penginapan dan kos sara hidup jika tempat yang terpilih agak jauh. Setakat cadangan diperingkat fikiran, mahukan tempat yang sarat dengan ilmu pengurusan dan pentadbiran walaupun sepatutnya memilih tempat yang sesuai dengan pengajian iaitu Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat seperti perpustakaan dan sebagainya. Bak kata-kata pepatah, “lain orang lain caranya dan minatnya…”.

3- Harapan? Semestinya mempelajari sebanyak dan sebaik mungkin selok belok mengenai dunia sebenar pekerjaan. Pastikan nilai tambah yang jarang ada di dalam kuliah yang sejuk dengan penghawa dingin mampu kita garap dan sematkan jiwa sanubari. Untuk masa hadapan jua.

Akhirnya, moga medan praktikum ini menjadi sebagai ‘lantai’ yang baik kita memperolehi pengalaman samada pengalaman berkerja atau yang lebih pengalaman bagaimana menguasai iklim dan su

KENALI IBN NADIM AL-WARRAQ

Nama beliau Muhammad bin Ishaq bin Ya’qub al-Nadim al-Baqhdadi al-Warraq. Beliau dikunia sebagai Abi al-Farj. Beliau membesar di bait ilmu yang mana ayahnya senantiasa bergaul rapat dengan para ulama’ dan pemikir yang hebat. Beliau meghafal al-Quran semasa umurnya 10 tahun lagi. Lahir dan wafat Ibn Nadim di Baqhdad. Beliau banyak menghabiskan masa di istana pemerintah yang mana senantiasa mendampingi para pemerintah dan membantu hal-hal berkaitannya seperti membantu photostat kitab-kitab. Bayangkan dengan hanya membantu kerja-kerja seperti photostat ini beliau diiktiraf sebagai seorang yang ‘alim. Terutama mengenai kitab-kitab yang senantiasa beliau photostat selama ini.

Ingatlah teman-teman, tidak semestinya kita ini membuat kerja-kerja yang tinggi nilainya sahaja mampu diiktiraf sebagai insan hebat. Kita dapat lihat contoh tauladan yang dibawa oleh Ibn Nadim ini. Yang penting, kerja buat kita mesti ada komitmen dan ketabahan yang tinggi disamping mengingati kesemuanya datang dari pertolongan Ilahi.

Antara kitab karangan Ibn Nadim yang sebelum ini tidak diiktiraf oleh para ilmuan adalah Kitab al-Fihris. Kesemuanya hasil daripada beliau mendampingi dan melazimi ‘taman-taman ilmu’ dan mengenali para pemerintah, ulama’ dan pemikir-pemikit yang hebat.

Disini, keinginan menjadi seseorang yang hebat semestinya kita mendampingi mereka yang alim lagi hebat. Siapa orangnya, anda bijak menilai dan memilihnya. Selain kita dapat mengenali diri mereka yang hebat ini kita juga mampu memperolehi keberkatan. Lagi-lagi kalau mereka mendoakan kejayaan kita. Kerana mereka mulia disisi Sang Pencipta.

Akhirnya, Ibn Nadim merupakan seseorang yang hebat di dalam keilmuan Islam. Mentauladani ayahnya selama ini, beliau berjaya menjadi insan yang mantap dalam geberasinya walaupun setengah-tengah ‘manusia’ menggelarnya sebagai Syiah.

Nota: panas minda selepas bacaan pertama sebelum last paper exam pada 21 hb Nov nanti. Antara tajuk dalam subjek Bibliografi dan Kajian Sumber Pengajian Islam. Doakan diriku berjaya menjawab yang terbaik. Amiin.

PERKAMPUNGAN KEDUA JAWATANKUASA C-FEST

Alhamdulillah. Hasil beberapa episod perbincangan bersama Jawatankuasa (JK) Pesta Konvokesyen (C-Fest) dikalangan pelajar yang dipimpin Sekretarian Naib Yang Dipertua (NYDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), tarikh keramat 24 Nov adalah tarikh bermulanya gerak kerja serius C-Fest selepas selesai musim peperiksaan sesi 2008/2009 kali ini.

Mengambil kira tempoh sebulan sebelum bermulanya Pesta Konvekesyen Keenam, kami JK cuba sedaya upaya mengerahkan idea dan tindakan mengharmoni kembali kesemua cadangan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan nanti.

Cabaran kali ini adalah mobilasi kehadiran pelajar USIM. Pendaftaran semester kedua sesi akademik 2008/2009 bermula 21 Nov, tiga hari sebelum bermulanya C-Fest iaitu 24 Nov. Kebiasaannya, kehadiran pelajar seminggu pertama memang agak kurang. Namun, inilah antara cabaran yang perlu di atas dengan strategi yang terbaik.

Konsep kali ini mengambil kira banyak perkara selain daripada mobilasi kehadiran pelajar tadi. Isu masa yang terlalu singkat, lagi-lagi sebulan mengambilkan masa dengan peperiksaan dan sebagainya.

Diharapkan, komitmen daripada semua warga kampus dapat diberi di dalam menjayakan dan meraikan C-Fest Keenam kali ini. Ingatlah, perbezaan dan kelainan program rasmi universiti ini memang kita akui tetap ada. Yang penting, bagaimana kita mengambil nilai dan istifadah daripadanya.

DPM: Change needed to liberate minds of students

KUALA LUMPUR: There should be an intellectual renaissance to open up and liberate the minds of students, and this should start in the universities, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Our education system must chan­ge. Our children are just not curious enough. They must be curious about the world. They must ask questions,” the Deputy Prime Minis­­ter said.

He cited a question at his daughter’s university that asked if the Cold War had ended, a question which even he would have difficulty answering.

“You can’t find the answer in textbooks. There is no right or wrong,” he said in his opening speech at the Seminar on Creating a Blue Ocean in Education and Training Sectors.

At another function, Najib said the Government had recently approved the Each Child is a Gem of the Nation (Permata) curriculum and program­­me for children aged four and below and there would be a national roll-out next year.

Najib’s wife Datin Seri Rosmah Mansor, chairman of the Permata committee, said 14 Permata centres had been set up nationwide, catering to 380 children.

In Ipoh last night, Najib, who is the Umno deputy president, urged mem­bers to return to the foundation of their struggle and be sincere if they wanted the party to be strong again.

Opening the second Umno Ve­­terans national annual general meeting, he said members should follow the example of Umno veterans who placed the party’s interest above everything else.

The Star, 14 November 2008.

AIS KRIM dan EXAM

Alhamdulillah, 12 November third last paper dah selesai. Tinggal satu paper exam je lagi. Insya-Allah, 21 November nanti. Paper Bibliografi. Paper yang dah lepas baru-baru not bad jugak. Ada yang senang, ada susah. Ada jugak soalan senang, jawapan pulak susah. Haha. Macam-macam betul masa exam ini.

Bayangkan, satu subject yang kita mentalaah atau belajar selama satu semester ini cuma diuji selama dua ke tiga jam sahaja. Sama ada, masa pagi atau petang hari. Kadang-kadang boleh tengok pelbagai ragam kawan-kawan masa musim exam ini.

Masa habis paper 12 haribulan itu, aku keluar awal sikit sebelum masa sebenar paper exam habis. Then, aku lepak sekejap depan stadium (tempat exam, jangan main-main), tiba-tiba ramai pulak adik-adik manis (hehe) borong ais krim yang Mat (bukan nama sebenar) dah lama tunggu kat luar stadium itu. Lepas itu, aku bagi tahu kat kawan sebelah. “Inilah agaknya kesan psikologi kepada pelajar selepas jawab paper exam, sama ada mereka dapat jawab atau pun tidak…”. Dengan cara makan ais krim boleh memenangkan jiwa yang masih confius dengan jawapan yang dah tercatat tadi. Haha.

Semoga berjayalah kalian semua. Memang gelagat korang buat aku pulak hilang kegelabahan pasal exam hari itu.