Strategi 4K

Suasana musim peperiksaan semester makin terasa. Masing-masing sibuk menghabiskan tugasan terakhir sebelum menjelangnya peperiksaan kali ini. Ada yang masih mencari bahan untuk sesi presentation, ada yang tak cukup ahli nak presentation system dan macam-macam ragam lagi.

Masa yang mendesak untuk menyelesaikan tugasan ini kadang-kadang dalam masa yang sama datang lagi komitmen yang lain. Terasa begitu teruji ketangkasan fikiran dan tindakan yang mana satu hendak diaulakan. Inilah sedikit sebanyak latihan atau tarbiyah bagi kita yang ingin lebih baik dimasa hadapan.

Saranan saya, hayatilah 4K yang akan saya cuba kupaskan supaya menjadi buah yang baik untuk kita sama-sama jamah diakhirkannya nanti. 4K ini adalah, KETENANGAN, KEYAKINAN, KEJAYAAN dan KEBERKATAN. Cukup simple dan mudah. Cuma perlu sedikit disiplin dan dedikasi.

KETENANGAN

Ini antara amalan yang cuba saya terapkan dalam sanubari sebelum melakukan sesuatu perkara. Lagi-lagi mengenai masa depan. Ketenangan ini lahir dari hati dan hati ini perlulah suci lagi murni. Senantiasalah hati itu diselimuti perkara-perkara yang baik, terutama panduan Ilahi. Seperti banyak solat sunat, baca al-quran, berzikir dan sebagainya. I’Allah, anda mampu memperolehinya walau sedikit.

KEYAKINAN

Keyakinan memang penting kerana dengan adanya keyakinan kita berani membuat keputusan. Yang paling penting, kita benar-benar yakin dengan apa jua keputusan yang kita buat. Keyakinan ini juga datang dari hati dan semangat dalaman diri. Perlu kepada latihan yang istiqomah. Kadang-kadang kita terasa serba salah dengan keputusan yang telah kita buat. Ingatlah, jika keputusan itu lahir dari hati yang suci lagi baik dan tidak bercanggah engan amaran Ilahi. I’Allah akan membuahkan hasil yang baik.

KEJAYAAN

Semua orang inginkan kejayaan. Biarlah kejayaan kita ini menjadi sejarah dan arkib yang menggembirakan kita kelak. Mana ada orang inginkan kekalahan dalam hidup. Namun, saya berpesan ciptalah kejayaan itu tanpa kita melawan aturan Ilahi. Kadang-kadang kita ini lupa misalnya study sampai lewat pagi dan akhirnya solat subuh tertinggal. Tiada makna usaha kita itu walau kita perolehi kejayaan. Seperti seseorang yang berjaya tetapi belum cemerlang.

KEBERKATAN

Keberkatan begitu penting. Ianya membawa kesan yang menyeluruh kepada kehidupan kita kelak. Keberkatan ini banyak cara antaranya hormati ilmu dan kitab yang kita ada, senantiasa hormati para guru/pensyarah dan banyak lagi. Pastikanlah kejayaan kita selama ini atau kejayaan yang sudah kita rancang ini mampu mendamba keberkatan Ilahi. Inilah sewajarnya.

Akhir kalam, selamat maju jaya. Berubahlah sekarang kalau kita inginkan kehidupan yang bermakna dimasa depan. Wassalam.

Calon peperiksaan sesi akademik 2008/2009 semester pertama, USIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s