BICARA SISWA RTM

Saya, YDP MPP UKM, Encik Hisham (Pengacara) dan Dr. Mustaqim

Saya, YDP MPP UKM, Encik Hisham (Pengacara) dan Dr. Mustaqim

17 Oktober 2008, Jumaat. Pertama kali dalam pengalaman hidup menjadi panel dalam program Bicara Siswa anjuran RTM dengan kerjasama pihak USIM.

Program yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 begitu meriah sehingga ada segelintir pelajar tidak dapat masuk ke dalam dewan disebabkan terlalu ramai. Rakaman bermula jam 9 malam dan mengambil masa hampir 1 jam sesi perbincangan serta soal jawab bersama penonton.

Tajuk perbincangan ‘GEMILANGNYA UNIVERSITI, PERANAN SIAPA?’ dan antara panel Dr. Mustaqim (Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Al-Quran As-Sunnah), saudara Zaid (YDP MPP UKM) dan saya.

Alhamdulillah, perbincangan dengan baik. Akhirnya terhasil beberapa pandangan tidak berganjak diantara ahli panel. Namun, tiada yang salah didalam melontarkan idea dan pandangan tersebut.

Terima kasih kepada pihak RTM dan USIM kerana mempercayai dan memberi peluang yang bermakna.

Advertisements

Strategi 4K

Suasana musim peperiksaan semester makin terasa. Masing-masing sibuk menghabiskan tugasan terakhir sebelum menjelangnya peperiksaan kali ini. Ada yang masih mencari bahan untuk sesi presentation, ada yang tak cukup ahli nak presentation system dan macam-macam ragam lagi.

Masa yang mendesak untuk menyelesaikan tugasan ini kadang-kadang dalam masa yang sama datang lagi komitmen yang lain. Terasa begitu teruji ketangkasan fikiran dan tindakan yang mana satu hendak diaulakan. Inilah sedikit sebanyak latihan atau tarbiyah bagi kita yang ingin lebih baik dimasa hadapan.

Saranan saya, hayatilah 4K yang akan saya cuba kupaskan supaya menjadi buah yang baik untuk kita sama-sama jamah diakhirkannya nanti. 4K ini adalah, KETENANGAN, KEYAKINAN, KEJAYAAN dan KEBERKATAN. Cukup simple dan mudah. Cuma perlu sedikit disiplin dan dedikasi.

KETENANGAN

Ini antara amalan yang cuba saya terapkan dalam sanubari sebelum melakukan sesuatu perkara. Lagi-lagi mengenai masa depan. Ketenangan ini lahir dari hati dan hati ini perlulah suci lagi murni. Senantiasalah hati itu diselimuti perkara-perkara yang baik, terutama panduan Ilahi. Seperti banyak solat sunat, baca al-quran, berzikir dan sebagainya. I’Allah, anda mampu memperolehinya walau sedikit.

KEYAKINAN

Keyakinan memang penting kerana dengan adanya keyakinan kita berani membuat keputusan. Yang paling penting, kita benar-benar yakin dengan apa jua keputusan yang kita buat. Keyakinan ini juga datang dari hati dan semangat dalaman diri. Perlu kepada latihan yang istiqomah. Kadang-kadang kita terasa serba salah dengan keputusan yang telah kita buat. Ingatlah, jika keputusan itu lahir dari hati yang suci lagi baik dan tidak bercanggah engan amaran Ilahi. I’Allah akan membuahkan hasil yang baik.

KEJAYAAN

Semua orang inginkan kejayaan. Biarlah kejayaan kita ini menjadi sejarah dan arkib yang menggembirakan kita kelak. Mana ada orang inginkan kekalahan dalam hidup. Namun, saya berpesan ciptalah kejayaan itu tanpa kita melawan aturan Ilahi. Kadang-kadang kita ini lupa misalnya study sampai lewat pagi dan akhirnya solat subuh tertinggal. Tiada makna usaha kita itu walau kita perolehi kejayaan. Seperti seseorang yang berjaya tetapi belum cemerlang.

KEBERKATAN

Keberkatan begitu penting. Ianya membawa kesan yang menyeluruh kepada kehidupan kita kelak. Keberkatan ini banyak cara antaranya hormati ilmu dan kitab yang kita ada, senantiasa hormati para guru/pensyarah dan banyak lagi. Pastikanlah kejayaan kita selama ini atau kejayaan yang sudah kita rancang ini mampu mendamba keberkatan Ilahi. Inilah sewajarnya.

Akhir kalam, selamat maju jaya. Berubahlah sekarang kalau kita inginkan kehidupan yang bermakna dimasa depan. Wassalam.

Calon peperiksaan sesi akademik 2008/2009 semester pertama, USIM

KEJAYAAN YANG TERANCANG

Assalamua’laikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman seperjuangan dan tak seperjuangan.

13 Oktober 2008, bermulanya dimensi muhasabah yang boleh saya katakan kritikal selaku bakal pelajar yang mengimpikan kejayaan yang cemerlang dan terancang. Terutama kepada warga USIM di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Setelah bergembira selama 2 minggu menyambut lebaran di kampung halaman, jangan dilupa amanah yang terpikul secara terus selama 4 tahun wujud di bumi kampus, ladang ilmu pengetahuan ini. Bajai sebaik mungkin mulai sekarang kerana masa depan kita dibeli atau dilabur oleh masa sekarang.

Kurang 2 atau 3 minggu kita bakal menghadapi ujian peperiksaan bagi sesi akademik 2008/2009 semester pertama. Selalu saya berpesan kepada kawan-kawan, carilah bekas yang baik untuk disimpan segala khazanah ilmu yang ditinta dan ditimba selama ini. Semoga ianya bukan sekadar cukup untuk dicurahkan di dalam dewan ‘peperangan’ tetapi lebih cukup dibekalkan ketika tamat pengajian nanti.

Hidup lebih bererti jika kita berkongsi dan memberi. Curahkanlah segala ilmu pengetahuan yang baik supaya kita memimpin masyarakat diluar sana ke arah syurga dan pahala Ilahi.

Cekalkan jiwa pencinta ilmu sejati didalam sanubari. Matangkan pemikiran dan tindakan selaku MAHASISWA yang baik akhlaknya, mantap bidangnya dan tanamkan sikap NAK TAHU tentang perkara-perkara diluar lingkaran bidang pengajian kita di kampus. Kepelbagaian perlu bagi memilih yang terbaik. Belajarlah dari kesalahan dan jangan diulangi kesalahan yang sama.

AKhir kalam, rancang dan disiplin diri supaya kecemerlangan kita dalam apa sahaja bidang bukanlah disebab kejayaan yang TIDAK SENGAJA. Perolehilah kejayaan yang terancang itu.

Moga maju jaya.

Artikal Pilihan : MODAL INSAN MAHASISWA CEMERLANG

Menelusuri era globalisasi masa kini mahasiswa perlu dibentuk untuk mengamalkan beberapa amalan yang dinamik bagi pembentukan sikap yang sesuai untuk mencapai kecemerlangan sebagai persediaan menjelang tahun 2020. Selain mengetahui apakah ciri-ciri penting yang harus ada pada diri mahasiswa untuk menjadikan mereka manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita juga perlu meninjau apakah cara yang paling efektif menanam ciri-ciri ini pada diri mereka. Sebelum itu agak molek juga jika sekiranya kita tinjau beberapa masalah yang dibelengu oleh mahasiswa masakini. Seperti yang kita maklum, setiap mahasiswa disogokkan dengan satu program akademik yang begitu padat sekali.

Mungkin tidak keterlaluan sekiranya saya menyatakan bahawa setiap program akademik itu begitu padat sehingga sukar bagi kita mencari luang untuk mahasiswa menimba ilmu dari pengalaman yang baru. Para akademik biasanya berpegang kepada prinsip bahawa program akademiknyalah yang paling penting, dan hampir tidak ada satu perkara lain pun yang sepenting kurikulumnya untuk dimanfaatkan oleh mahasiswa. Justeru, kita dapati bahawa mahasiswa lazimnya terpaksa membuat pilihan antara mengikuti kuliah atau meninggalkan kuliah dan melakukan sesuatu tugas persatuannya, misalnya.

Kecemerlangan pada diri mahasiswa selalunya hanya dilihat dan dinilai dari segi akademik semata-mata. Sekiranya pemerhatian dibuat, kebanyakan daripada mahasiswa kini didapati mempunyai ilmu yang dikatakan sudah kebelakangan masa serta lapuk dek zaman berbanding dengan ilmu yang mereka perlukan dalam alam pekerjaan. Perkara ini jelas disebabkan oleh terlalu derasnya arus perkembangan ilmu dan globalisasi masa kini.

Pihak universiti pula terpaksa mengambil masa untuk membuat sebarang perubahan dalam kurikulum. Ilmu tidak semestinya bertambah di universiti sahaja. Kita ketahui banyak lagi institusi luar termasuk industri yang sentiasa menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan ilmu, seperti pelaburan saham, perniagaan, serta teknologi maklumat. Perkembangan seperti ini amatlah perlu didampingi supaya mahasiswa didedahkan kepada ilmu yang baru dan membawa manfaat kehidupan.

Sudah menjadi hakikat bahawa kebanyakan pelajar mempunyai sikap untuk mendapatkan kelulusan yang “cukup makan” sahaja. Justeru, kita dapati bahawa kebanyakan pelajar Bumiputera khususnya tidak mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Saya tidak percaya bahawa mereka mempunyai kebolehan yang kurang berbanding dengan mahasiswa bukan Bumiputera. Sudah banyak terdapat pelajar Bumiputera di peringkat sekolah yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang.

Tetapi, mengapakah fenomena ini agak meluas, boleh dikatakan di setiap universiti (dalam negeri) fenomena ini berlaku? Ini merupakan masalah sikap yang agak negatif. Mereka perlukan rangsangan yang kukuh untuk meningkatkan kejayaan akademik mereka.

Sejajar dengan Garapan Modal Insan dalam RMK-9 yang ditekan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di persidangan Parlimen baru-baru ini. Oleh itu atas dasar ini saya selaku wakil suara kontemporari Mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia, ingin mengutarakan beberapa saranan ke arah kecemerlangan mahasiswa.

Apa yang utama mahasiswa haruslah dididik untuk menghayati konsep ilmu dengan sempurna. Mahasiswa haruslah berlumba mencari ilmu ke tahap yang cemerlang dan menjadikan ilmu itu pedoman hidup mereka sendiri. Sebagai para ilmuan, mahasiswa harus mampu mencerminkan suasana sahsiah ilmuan yang sebenar sejajar dengan tuntutan syarak.

Selain itu Mahasiswa juga perlu dibentuk supaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kerohanian yang merangkumi moral dan etika yang harmoni. Segala impuls bernas haruslah diberikan supaya mahasiswa mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Selain perlu dididik sebagai pengurus yang berkesan. Mereka perlu diberi pendedahan kepada pengurusan organisasi dan berinteraksi di kalangan berbagai lapisan dengan baik. Mahasiswa harus dilatih untuk berkomunikasi dengan cara yang amat berkesan. Kelemahan berkomunikasi adalah salah satu perkara yang boleh menjejaskan kecemerlangan.

Mahasiswa juga perlu dibentuk sebagai pemimpin yang berkesan. Pemimpin amat berbeza dari pengurus. Seorang pengurus itu mampu membuat keputusan yang baik dan melaksanakan keputusannya mengikut teknik, prosedur dan sistem yang telah ditetapkan. Pemimpin membawa idea baru, berani mengambil risiko, melihat sesuatu dengan misi serta visi yang realistik dan tidak pula terlalu idealistik dan retorik semata-mata.

Sebagai konklusi, sememangnya perkembangan sosial, ekonomi, politik dan budaya Malaysia amatlah bergantung kepada golongan pemimpin pada masa hadapan. Mahasiswa yang merupakan bakal pemimpin di hampir segenap sektor dan lapisan masyarakat akan mempunyai peranan yang sangat penting dalam menentukan halatuju serta kemajuan negara. Satu perkara yang berkaitan secara langsung dengan perkembangan ekonomi ialah pembangunan manusia, khususnya golongan Mahasiswa.

Mereka ini perlu dibentuk supaya mempunyai sikap yang paling sesuai dengan pencapaian matlamat negara pada masa hadapan. Perkembangan ekonomi boleh terjejas sekiranya sikap para pemimpin tidak sesuai dengan pencapaian matlamat misi serta visi negara.

Justeru, segala usaha haruslah dilakukan untuk memastikan bahawa golongan mahasiswa mempunyai minat dan kemampuan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek. Mereka harus berminat sama ada secara semulajadi atau dirangsang dengan suntikan kecemerlangan. Mereka juga harus tahu apakah ciri-ciri kecemerlangan yang mesti dimiliki dan bagaimana memiliki dan mengamalkannya.

Selain daripada kecemerlangan akademik, mereka juga harus cemerlang dalam pengurusan organisasi, kepimpinan, komunikasi, proaktif; mempunyai inisiatif; mempunyai nilai moral dan budipekerti yang tinggi, berdisiplin, rajin, serta komited dalam mengerjakan sesuatu. Segala perkara ini perlukan sikap yang paling sesuai.dan dinamik. Pembentukan sikap yang dinamik inilah perlu diusahakan melalui latihan, amalan serta tauladan yang baik.

C-FEST USIM Pada Disember 2008

Assalamua’laikum. Kelewatan USIM mengadakan Pesta Konvokesyen Keenam sebenarnya memberi kami (AJK Pelaksana) ruang yang amat selesa bagi merancang aktiviti-aktiviti yang bakal diisi semasa meraikan Konvokesyen Keenam USIM nanti.

Konsep ‘biasa tapi meriah’ merupakan pendekatan terbaik yang diambil oleh AJK Pelaksana kali ini. Ini memastikan kemeriahan dirasai warga kampus dan mengurangkan sedikit bebanan di dalam proses penyediaan kesemua aktiviti yang telah dirancang seawal tahun 2008 (Januari) ini.

Pembukaan atau percubaan program telah diadakan iaitu Bazar Ramadhan dan Eid Fitri 1249 H di tapak bas berdekatan Pusat Kemudahan Pelajar (PKP). Alhamdulillah, sambutan yang agak meriah dengan perancangan bersama AJK yang bertanggungjawab (JK Pelaksana Gerai) yang mana bazar ini diadakan 3 hari sebelum siswa-siswi USIM pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya.

Diharapkan, sambutan Pesta Konvokesyen Keenam USIM (C-FEST) kali disambut baik oleh semua warga USIM.

Muhammad Alif Ismail

Pengarah C-FEST Keenam USIM

Salam Eid Fitri Buat Semua

Keluargaku Yang Hebat

Rasanya belum lagi terlambat mengucapkan Salam Eid Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri saya ini. Pemergian ramadhan memang dirasai, lagi-lagi kesan amalan yang ikhlas semasa dibulan yang barakah itu. Bila berada dibulan bukan bulan ramadhan ini, rasa macam lain macam je kalau makan masa waktu pagi. Semoga itu sedikti sebanyak pertunjuk yang menyatakan amalan puasa kita ini berhasil dan berbekas di dalam qalb kita maisng-masing.

Salamat Aidil Fitri buat semua. Syawal bulan kemenangan untuk kita semua. Bertakbirlah, bertasbihlah dan bertahmidlah kepada-Nya.

Majlis Jamuan Hari Raya & Mesyuarat Perlantikan AJK Persatuan Anak Didik Ma’ahad Al-Abbasiah

Kepada, SEMUA BEKAS-BEKAS PELAJAR Majlis Jamuan Hari Raya & Mesyuarat Perlantikan AJK Persatuan Anak Didik Ma’ahad Al-Abbasiah akan diadakan pada 26 OKTOBER 2008 / 26 SYAWAL 1429 H. Aturcara majlis seperti berikut :

08.30 – 09.30 PAGI = Ketibaan Jemputan & Tetamu
10.00 PAGI = Bacaan Do’a
10.10 PAGI = Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
10.15 PAGI = Ucaptama Pengetua Ma’ahad Al-Abbasiah (Ustaz Adamee)
11.00 PAGI = Mesyuarat Perlantikan AJK Persatuan Anak Didik Ma’ahad Al-Abbasiah
11.30 PAGI = Jamuan Hari Raya
12.00 T/hari = Majlis Bersurai

Makluman lanjut bloleh dihubungi melalui, Tel: 05-4386653 atau Web Rasmi HTTP://smura.myhost2u.net

Kehadiran Anda Memeriahkan Lagi Eid Fitri, Maaf Zahir dan Batin…