Serabutnya Hidup

Luahan rasa jiwa. Ramadhan pun nak berakhir dah. Ya Allah, engkau perolehlah aku Lailatul Qadr Mu. Aku memang sangat merinduinya.

Sebenarnya, aku pun tak tahu nak cerita pasal apa. Jadual harian hidup sekarang jadi tak tentu arah. Penat mencari sebab, letih mencari punca. Hidup ini memang penuh sangat dengan pilihan. Kalau benda tak baik tu, depan mata je dan tunggu nak ikut atau tak je sekarang.

Hati aku ni memang senang tersentuh. Tak tau pulak kenapa. Aku macam tak boleh tengok yang tak O.K sekarang. Aku hairan sebab bulan ramadhan penuh dengan rahmat Allah tapi ada jugak manusia nak langgar arahan-Nya. Memang aku tak faham.

Orang kata aku ni asyik sibuk je. Sebenarnya aku tengah mencari sesuatu untuk kepuasan diri dan ingin rasa bebas. Siapalah kita nak bebas macam tu je kat bumi Allah ni. Aku memang jenis yang agak simple dalam semua benda. Memang tak boleh sangat tengok benda-benda serabut ni. Rasa serabai je. Aduh.

Rasa macam banyak buang masa pun ada. Cita-cita tinggi tapi muhasabah usaha aku ni macam tak berbaloi je. Apa silap aku ni? Kat mana silap ni? Tolonglah Ya Allah.

Rasa berdosa ni memang terasa sangat. Rasa kurang pengetahuan pun macam ada jugak. Kat mana nak aku refresh balik step of my life ni. Hah, peningnya.

Ya Allah, engkau lapangkanlah jiwa aku ni, engkau permudahkanlah urusan aku ni. Amiin..

4 thoughts on “Serabutnya Hidup

  1. memang makin byk kita belajar, makin byk yg kita x tahu…keserabutan ini satu nikmat sebenarnya…ia membuatkan kita terfikir bahawa byk lg yg perlu disetelkan dlm hidup…daripada terus terleka dan berpuas hati dgn apa yg kita ada skrg..
    wish all the best..
    salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s