Nikmat Berganda

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Sambutan MAKMUR 2008 anjuran MPP USIM dengan kerjasama Bahagian HEP USIM tempoh hari meriah. Tahniah kepada saudara Mohd Razlan Ahmad, Ecxo Sukan dan Rekreasi MPP USIM dan rakan-rakan sekalian.

Di dalam ucapan perasmian Y. Bhg. Dato’ NC, ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan bersama. Rakan-rakan, kehadiran bulan kemerdekaan ke-51 Malaysia seiring dengan kehadiran bulan ramadhan 1429 H. Tentunya ‘Nikmat Berganda’ yang perlu sangat kita syukuri.

Latihlah diri menjadi seorang yang bertanggungjawab di dalam menyelusuri dua peristiwa yang bersejarah ini. Beramallah dengan nilai integriti yang tinggi. Moga amalan kita yang ikhlas ini diterima Ilahi.

Kedua, tingkatkan pencapaian diri dan kurangkan perbezaan. Visi melaksanakan teori yang selama ini kita canangkan, haruslah diperkasakan. Konsep teori dan amal ini hendaklah kita benar-benar realisasikan.

Ketiga, sebagai seorang mahasiswa, janganlah bersifat statik dalam mencari jalan kejayaan dan perubahan. Jadikan bulan ramadhan ini sebagai bulan kejayaan dan perjuangan seperti mana kejayaan Nabi SAW dan para sahabat semasa peperangan Badr dahulu.

Akhirnya, jadikanlah bulan ramadhan ini diwaktu siangnya waktu kita sama-sama berjihad (telaah kitab, hadir kuliah dan sebagainya) dan pada sebelah malamnya kita sama-sama beribadah (solat tarawih, tadarus al quran dan lain-lain).

Kehadiran ramadhan membangkitkan jiwa-jiwa rabbani. Selamat berpuasa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s