
Johan Qari Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-50
JUARA: Seri Paduka menyampaikan hadiah kepada Qari Indonesia, H Mu’min yang muncul Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-50 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, di Kuala Terengganu, malam tadi. Johan qariah pula disandang peserta dari Thailand, Fatimoh Harati. H Mu’min memperoleh markah 91.5 peratus mendahului 39 qari lain, manakala Fatimoh memperoleh markah 92.83 peratus menewaskan 23 qariah.
Berita Harian, 26 Ogos 2008
macamane sy nk dapatkan video tilawah ini?ada sesiapa yang dapat membantu sy……tolong ye.
Video mane?
Assalamualaikum…
Saya sering mendengar bacaan al-quran oleh Johan Qari Peringkat Antarabangsa, Hj Mu’min Mubarouk di astro OASIS. Saya ingin bertanya dimanakah dan bagaimanakan saya boleh mendapatkan cd alunan bacaan quran tersebut. Terima kasih…
Ws. Maaf. Cuba dapatkan di kedai-kedai jualan cd.