Ramadhan VS Merdeka

Salam menyambut ramadhan al-mubarak buat semua.

Kedatangan Bulan Ramadhan kali ini memberi makna yang halus kepada jiwa-jiwa muslim di seluruh Negara terutamanya di tanah air tercinta, Malaysia. Kehadiran yang dinanti-nanti dan kepulangan yang ditangisi. Kehadiran ini mestilah disambut dengan nilai taqwa yang tinggi. Moga-moga kita sama-sama ‘maintain’ meniti perjalanan Ramadhan kali ini.

Pemergian bulan Rejab dan Syaaban begitu dirasai bagi mereka yang telah mengambil peluang mengisi ‘software’ terbaik untuk ‘installing’ dalam diri masing-masing sama ada ‘scanning and deleting’ dosa yang lalu atau pun ‘updating’ nisbah ketaqwaan jiwa.

Kehadiran Ramadhan kali ini betul-betul menguji qalb manusia. Latih qalbu perlu disematkan sentiasa supaya qalb ini benar-benar basah dengan hidayah Ilahi, insha-Allah.

Namun, mungkin ada sedikit perbezaan sambutan Ramadhan tahun ini, dalam masa yang sama kita meraikan kehadiran bulan kemerdekaan ke-51 Malaysia yang tercinta ini. Mungkin pembawakan pengisian kemerdekaan kali ini haruslah benar bangat berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya.

Acara memperkenalkan budaya yang selalu diadakan sempena menyambut kemerdekaan semestilah diubahsuai supaya tidak ada kata belakang yang menyatakan ‘kita’ ini melupakan ambang Ramadhan al-Kareem.

Sebagai contoh, acara kebudayaan sempena kemerdekaan kali ini kita memperkenalkan kebudayaan yang berkait rapat dengan nilai-nilai islamik. Marhaban, nasyid (macam biasa), berzanji, taranum, tilawah al-Quran dan sebagainya.

Semoga dengan rasa cakna kita di dalam menyambut ambang kemerdekaan kali ini tidak kita melupai bulan yang Allah SWT janjikan kepada umatnya kerahmatan diawalnya, pengampunan ditengahnya dan bebas dari seksa api neraka diakhirnya. Amin.

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak dan salam kemerdekaan ke-51 buat Malaysiaku tercinta.

One thought on “Ramadhan VS Merdeka

  1. ramadhan akan tiba dlm ms beberapa hari sj lagi..ulangtahun kemerdekaan juga akan tiba.jarak kedua2 ini terlalu dekat..pasti satu perancangan telah diatur..apakah yg bakal berlaku nanti?Ramadhan al-mubarak yg lbh di rai @ sambutan kemerdekaan yg lbh mendapat perhatian?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s